Wednesday, May 18, 2011

Susu 1Malaysia untuk sekolah dikeluarkan di Korea. Benarkah halal dan selamat?


Susu 1Malaysia berkhasiat? Klik di sini 
[BH] YAN: Logo halal pada kotak susu 1Malaysia yangdiragui statusnya sejak mula diagihkan secara percuma kepada pelajar sekolah mulai 11 Mei lalu disahkan sebagai produk yang mematuhi prosedur dan piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum diedarkan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata meskipun produk berkenaan dikeluarkan di Korea, ia mematuhi piawaian halal berdasarkan penilaian JAKIM dan badan Islam di negara itu.
 
Katanya, banyak produk keluaran badan Islam dari negara luar ketika ini dijual menggunakan logo halal selain logo yang dikeluarkan JAKIM, namun ia tetap perlu mematuhi peraturan dan piawaian negara ini sebelum boleh dipasarkan.

“Ada badan Islam luar negara yang mengeluarkan produk mereka sendiri dan kini dipasarkan secara meluas di Malaysia, namun ia memenuhi piawaian serta peraturan ditetapkan JAKIM.

“Dalam hal ini, JAKIM sendiri membuat pengawasan dan penilaian terus terhadap produk itu sebelum ia boleh dipasarkan sebagai produk halal.

“Pada peringkat kementerian, kita juga kini sedang berusaha untuk membolehkan isu halal ini diselaraskan dan hal berkaitan Akta Perihal Dagangan 1972 berhubung isu halal akan dibentangkan di Parlimen Jun ini,” katanya selepas melancarkan Surau Haji Yaacob Batu 16 Padang Lumat di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, JAKIM sentiasa bekerjasama dengan badan Islam negara luar berhubung isu berkenaan bagi memastikan semua produk halal yang dikeluarkan mereka mematuhi syarak dan piawaian negara ini.

Katanya, JAKIM sendiri menghantar pegawainya ke luar negara untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang baik berhubung isu halal dan beberapa hal lain yang berkaitan kepentingan Islam.

“Kita sedang melaksanakan usaha untuk kepentingan umat Islam negara ini pada peringkat global dan ia merangkumi banyak perkara, termasuk isu halal yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam Malaysia," katanya.

Kelmarin, Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, melahirkan kesangsiannya mengenai logo halal yang tertera pada kotak minuman berkenaan yang mula diedarkan sejak minggu lalu.

Katanya, beliau sudah menghubungi bahagian hab halal JAKIM, tetapi diberitahu produk berkenaan belum mendapat sijil halal serta permohonannya masih dalam proses.

BERITA BERKAITANLogo halal susu diragui

No comments:

Post a Comment