Sunday, May 22, 2011

SKANDAL MARA, SHAFIE WAJAR SIASAT


Oleh: PENULIS KHAS
BEBERAPA kalangan ahli masyarakat pribumi Sabah dan juga mereka yang terdiri dari pelajar IPTA menuntut pihak MARA, khususnya Mohd Azrul bin Mohd Aker, supaya menjelaskan kenapa pelajar-pelajar pribumi asal yang berketurunan Suluk, Bajau, Brunei, Tidung, sebagainya tidak layak dikategorikan sebagai Bumiputera; sebaliknya seorang Sino-Native palsu bernama Leong Tze Kuen telah diiktiraf sebagai Bumiputera dan diberi penajaan berjumlah RM190,000 oleh pihak MARA?

Masyarakat pribumi dan golongan pelajar pribumi merasa terhina dan tertipu di atas putar belit pihak MARA sehingga menafikan hak mereka untuk mendapatkan penajaan pinjaman pelajaran MARA yang merupakan duit pembayar cukai!


Dalam jawapan bertulis Mohd Azrul yang menolak permohonan pinjaman pelajaran oleh seorang pelajar bernama Siti Zulaikha, yang kedua-dua ibubapanya orang Melayu (berdasarkan catitan bangsa dalam Sijil Lahir emak dan ayahnya), Mohd Azrul memberi alasan penolakan pinjaman pelajaran MARA yang dipohon oleh Siti Zulaikha disebabkan tercatit dalam Sijil Lahir neneknya sebagai Melayu (Kedah) dan datuknya sebagai Pakistan.

Mohd Azrul mempertikaikan datuk pelajar tersebut sebagai Pakistan dan oleh sebab itu tidak layak mendapat pinjaman pelajaran MARA walaupun kedua-dua neneknya adalah Melayu Kedah dan Melayu Brunei.

Lalu, ayah kepada Siti Zulaikha mempertikaikan apakah Mohd Azrul menuntut supaya Sijil Lahir anaknya juga perlu ditukar kepada Sino-Native supaya layak mendapat penajaan pinjaman pelajaran MARA?

Persoalan berkaitan kecelaruan dan putar-belit pihak MARA akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila terbongkar rahsia bahawa seorang pelajar yang tiada kaitan dengan status pribumi asal bernama Leong Tze Kuen, telah diberikan penajaan pinjaman pelajaran MARA berjumlah lebih RM190,000.

Walhal, kalau mengikut surat Mohd Azrul kepada pelajar bernama Siti Zulaikha, Mohd Azrul menyatakan bahawa kedua-dua ibubapa mestilah Bumiputera atau Melayu untuk layak dipertimbangkan penajaan pinjaman pelajaran MARA.

Apakah Sino itu Bumiputera/Melayu? Tentunya bukan! Sino itu ertinya Cina. Tetapi kenapa diluluskan? Lebih mendukacitakan, pinjaman pelajaran berjumlah lebih RM190,000 yang diberikan kepada Leong Tze Kuen hanya memerlukan seorang sahaja penjamin sedangkan pinjaman pelajaran yang berjumlah hanya RM30,000 yang pernah diberikan kepada Siti Zulaikha sewaktu di peringkat Diploma, memerlukan dua orang penjamin!

Inilah ‘BIADAP’ namanya! Orang Melayu/Bumiputera sudah jadi bangsa ‘Haram Jadah’ di negara sendiri! Isu yang dibangkitkan ini tiada kena mengena dengan soal perkauman, tetapi lebih kepada dasar MARA yang menindas dan menganiaya Bumiputera asal Sabah.

Dalam hal ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh; serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal wajib menyiasat pegawai yang bernama Mohd Azrul bin Mohd Aker dan skim pinjaman dan biasiswa MARA kerana dikhuatiri berlaku amalan rasuah dan salahguna kuasa. - sabahkinimirror

No comments:

Post a Comment