Thursday, May 19, 2011

SABAHKINI DIUPAH UNTUK FITNAH SHAFIE APDAL?


Oleh: MUSLI OLI
SABAHKINI.NET merupakan websites yang popular ‘For A Wrong Reasons’ di Sabah kerana kerap menyiarkan artikel dan berita-berita politik yang bersifat sensasi. Hanya akhir-akhir web itu mengorak satu langkah lagi kerana banyak menyiarkan artikel yang berunsur fitnah yang melampau. Terbaru ialah dua artikel serangan peribadi ke atas Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal.


Tidak ramai penulis politik di Sabah. Sebagai penulis veteran, hampir semua saya kenal dan mereka mengenali saya. Bila nama seperti ‘Yatim Suhaili’ menggunakan ayat seperti ‘Bapa beruk’, ‘Bapa Ayam’ atau ‘Father Of All Chickens’ dan ‘Bapa Estacy’ sebagai merujuk kepada seorang pemimpin UMNO Sabah, orang ramai bertanya, siapa pulak Yatim Suhaili?

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betina. Setiap penulis ada gaya yang tersendiri. Saya pernah bertemu dengan penulis yang menggunakan ayat yang sama keluar dari mulutnya sewaktu berhujah kerana hatinya dipenuhi rasa dendam, marah dan penuh kebencian. Bila menulis, dia menjadi seorang penulis yang tidak beretika dan bertanggungjawab terhadap tulisannya maka itu dia menggunakan nama samaran.

Pengendali web Sabahkini.net adalah seorang ‘gentleman’ saya telah kenal lama dan termasuk dalam senarai ‘Close Friends’ atau kenalan rapat. Saya pasti bukan dia orangnya kerana saya tahu dia seorang yang berani dan bertanggungjawab. Saya hormati beliau sebagai seorang yang berprinsip dan mempunyai kredibiliti sebagai penulis politik.

Atas alasan itu, saya tidak percaya apabila seorang pemimpin kanan UMNO Sabah memberitahu saya; “Sabahkini Under Musa’s Payroll’, satu syarikat (nama diberitahu) membayar sekurang-kurangnnya RM25,000 sebulan untuk serang Shafie dan penyokongnya!”.

Haaaaa? Saya agak terkejut. Biar betul! Terlalu sukar saya percaya maklumat itu walaupun memang ada perubahan ketara kerana kebelakangan ini tiada lagi artikel Sabahkini.net yang mengkritik Ketua Menteri Sabah. Sebelum ini bukan main banyak serangan ke atas Datuk Musa Aman berhubung dengan isu balak, isu 16 juta dari Hongkong dan lain-lain.

Satu ketika dulu, saya pernah dituduh sebagai salah seorang penulis dalam Sabahkini.net apabila beberapa artikel muncul dalam web itu mendedahkan beberapa penyelewengan dalam kerajaan negeri Sabah. Saya secara peribadi pernah ditanya oleh Datuk Musa Aman dalam satu pertemuan di tingkat 30, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Sudah tentu saya tidak mengaku bertanggungjawab kerana saya tidak pernah menulis dalam Sabahkini.net. Walaupun begitu saya mengakui beberapa artikel saya dipetik dan disiarkan web itu daripada blog SEKALI KETUK.

Namun saya masih sukar percaya Sabahkini.net diupah untuk menyerang Naib Presiden UMNO merangkap seorang menteri di kerajaan Persekutuan. Agak tidak masuk akal seorang yang ‘gentleman’ menerima upah untuk memburuk-burukkan peribadi dan menyebar fitnah ke atas seorang pemimpin negara. Sama-sama kita fikirkan. - sabahkinimirror

No comments:

Post a Comment