Thursday, May 19, 2011

RON95 : berlakon konon mahu harga kekal dan tiada kenaikan tapi kerajaan terpaksa naikkan ?

WarkahDaily – Desakan ketua pemuda Umno, Khairi Jamaluddin agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dan permintaan naib presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi agar kerajaan mengkaji dahulu sebelum menaikkan harga petrol agar konon rakyat tidak tertindas.


Bagaimana dilihat dalam ’satu kandang’ depa memperlihatkan ada yang menindas dan ada yang membela rakyat. Tapi dasar kerajaan Umno-BN selama ini berdasarkan rekod pemerintahan mereka, lebih banyak menindas rakyat dan tidak mempedulikan nasib rakyat dalam mengurus tadbir dasar kerajaan.


Bak kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard), desakan itu ibarat seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan.

Walau bagaimana pun, Khairi (kanan) memperlihatkan sedikit kesungguhannya dalam mendesak kerajaan melalui laman sosialnya agar tidak menaikkan harga bahan api itu apabila meminta mana-mana pemuda Umno bahagian yang belum bermesyuarat agar membawa usul desak jangan naik harga petrol.

Keberanian Khairi mungkin semakin jelas jika sekiranya usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agung Pemuda Umno Malaysia dapat direalisasikan.

Namun dilihat, apakan daya seorang ketua pemuda yang dikatakan tidak mempunyai taring (jawatan dalam kabinet) untuk menekan pihak kerajaan agar tidak menaikkan harga petrol RON95. Tapi penulis mahu ucap tahniah kat Khairi kerani berani lawan tokey walaupun malu-malu ikan (sekadar dalam lama sosial).

Berlainan pula dengan seorang lagi pemimpin Umno, Zahid Hamidi yang juga menunjukkan konon prihatin dengan rakyat.

Nampak seolah-olah bermuka-muka mahu memperlihatkan Umno tidak mahu membebankan rakyat tapi kerajaan yang terdesak menaikkan harga petrol berkenaan kerana dikatakan masalah bebanan subsidi yang semakin tinggi.

Beliau dilihat seolah-olah berlakon konon mahu harga petrol itu kekal dan tiada kenaikan berlaku tapi kerajaan terpaksa menaikkan juga kerana terbeban dengan subsidi yang semakin meningkat.

Konon Umno tak mahu naikkan tapi kerajaan yang terpaksa naikkan.

Zahid (kiri) salah seorang menteri kabinet. Keputusan menaikkan harga petrol bukannya dibuat seorang atau dua orang menteri, bahkan dikatakan mereka akan bermesyuarat sebelum menaikkan harga bahan api itu. Jadi apakah fungsi Zahid Hamidi dalam kabinet Najib sehingga hanya berkokok di luar mesyuarat mendesak kerajaan mengkaji dahulu sebelum menaikkan harga minyak.

Kenapa tidak aje suarakan desakan itu dalam mesyuarat kabinet di depan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain jika Zahid betul-betul ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib dan prihatin kepada rakyat.

Usah bermuka-mukalah. Memang kucing yang meminta kawannya juga kucing agar jangan makan ikan. Bila ada ikan depan mata, kedua-dua pi melantak.

Padahal mereka semua ini hanya berlakon prihatin kepada rakyat kerana terdesak dengan maklumat Pakatan Rakyat (PR) membongkarkan kebejatan pengurusan kewangan pemimpin kerajaan Umno-BN sehingga menimpa krisis kewangan dan terbantutnya pentadbiran negara kerana masing-masing hanya memikirkan poket mereka dan kroni penuh. Rakyat diketepikan.


No comments:

Post a Comment