Friday, May 20, 2011

Rahsia khasiat tomato : Menghidap Darah Tinggi atau Kandungan Kolesterol Tinggi?


Menurut kajian saintis di Australia, tomato terutamanya yang telah dimasak dapat bertindak sebaik ubat statin yang biasanya digunakan oleh pesakit untuk mengurangkan kolesterol dalam darah atau mengurangkan tekanan darah tinggi. Statin ialah sejenis ubat untuk mengubati masalah kesihatan yang boleh menyebabkan masalah jantung.


Menurut salah seorang pengkaji, Dr Karin Ried dari Universiti Adelaide, rahsia khasiat tomato ini terdapat padalycopene yang menjadikan tomato berwarna merah ranum. Antioksida hebat ini adalah elemen penting untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.


Dalam jurnal Maturitas, Dr Karin menyatakan bahawa  pengambilan 50 gram pati tomato atau minum segelas jus tomato (setengah liter) sehari dapat mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pesakit dan dalam masa yang sama melindungi mereka daripada penyakit jantung.


Kata Dr Karin "Kajian kami mendapati jika pesakit mengambil lebih 25 miligram lycopene sehari, mereka dapat mengurangkan kolesterol yang tidak baik untuk tubuh sebanyak 10 peratus."


No comments:

Post a Comment