Thursday, May 26, 2011

Presiden Perkasa Ibrahim Ali badut - Nazri Aziz

PORTAL berita The Malaysian Insider melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menggelarkan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali sebagai "badut" berhubung isu jihad yang dibangkitkannya. Sebelum ini Ibrahim Ali memberi amaran kepada orang-orang Kristian kononnya beliau mahu melancarkan perang jihad [Msian Insider].

Si badut Ibrahim Ali berapi-api melontarkan kata-kata lunaknya untuk memikat orang-orang Melayu ."Ibrahim Ali sedia jatuh (kalah pilihanraya) di atas kenyataannya demi mempertahankan Islam" Cheeeewahhh! Tak payah nak kencinglah badut! Ko bertanding kat Pasir Mas, kat situ majoriti pengundi Melayu. Sebab tu ko cuma peduli dengan hal ehwal orang Melayu kah kah kah.


Kalau kita lihat, Ibrahim Ali atau badut sarkas seperti yang digelarkan oleh Nazri Aziz memang pandai mengambil peluang menonjolkan dirinya untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Apa tujuan PERKASA ditubuhkan? PERKASA lebih layak ditukar nama kepada PERKOSA, sebuah badan NGO merapu yang sebenarnya sekadar mempopularkan si "badut" Ibrahim Ali. Badut ni sedar pengaruh dia sebagai calon bebas tidak menjamin tempat untuknya di Parlimen, maka dia tubuhkan PERKOSA. Tengok sajalah, PERKOSA ni baru berapa hari ditubuhkan? Tapi hari-hari keluar TV, hari-hari buat kontroversi untuk naikkan nama si "badut sarkas".

Orang-orang Melayu pun ikutlah merapu join Perkasa kononnya memperjuangkan Melayu, kerana orang-orang Melayu sudah ditipu UMNO. Mereka sangkakan PERKOSA akan jadi badan alternatif kepada UMNO, malangnya Melayu-Melayu ni tertipu lagi.PERKOSA hanyalah badan NGO yang ditubuhkan untuk mempopularkan Ibrahim Ali si badut sarkas.

Artikel ASAL di ( SINI )

Ibrahim: Siapa badut sebenar, Nazri?

NONE
Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?


Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

“Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03“Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

“Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri.

Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.

NONE“Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.
Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya. - MK 


No comments:

Post a Comment