Friday, May 27, 2011

‘PENGKHIANAT’ JADI PENGERUSI PERBADANAN LABUAN?


Oleh: MUTALIB M.D
“APA asas Menteri Wilayah Persekutuan melantik seorang ‘pengkhianat' sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan sedangkan seluruh rakyat Labuan tahu siapa dan apa yang beliau buat,” ujar seorang Subkontraktor, Hazreeq Putra Bin Hasman.

Hazreeq mengulas ura-ura Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik Bin Datuk Raja Zainal Abidin melantik Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang baru menggantikan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Menurut Hazreeq, beliau melabelkan Yusof Mahal sebagai ‘Pengkhianat’ kerana secara sedar telah menggagalkan beberapa projek penting untuk rakyat, termasuk Pembinaan Pasar Baru Labuan yang diperolehi oleh syarikat peribadi Yusof, Labindo Engineering Sdn.Bhd dan disubkontrak kepada beliau melalui Nautika Innovasi Sdn.Bhd sebelum ditamatkan tanpa sebarang notis.

“Yusof Mahal seorang yang rendah akhlak, tidak jujur dan mempunyai pelbagai skandal, tidak wajar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan dan saya mempunyai hak beneficiary untuk menghalang perlantikan beliau dan menuntut kembali sejumlah lebih RM2 juta daripada beliau kerana dikhuatiri akan berlaku percanggahan kepentingan,” ujar Hazreeq yang telah memperoleh penghakiman mahkamah berhubung tuntutannya dan kini menanti jumlah bayaran gantirugi diputuskan oleh hakim.

Menurut Hazreeq, berdasarkan amalan biasa, mahkamah boleh meluluskan award minima 10 peratus atau maksima 20 peratus daripada nilai kontrak; iaitu beliau berhak untuk memperolehi antara RM2 juta hingga RM4 juta bersandarkan nilai kontrak yang ditawarkan kepadanya sejumlah RM20.59 juta berbanding nilai tender RM24 juta.

Sebelum ini Hazreeq telah membuat beberapa laporan polis terhadap Yusof Mahal termasuk Labuan/004295/08; LABUAN/004831/08 dan LABUAN/004833/08 namun tidak ada satupun yang disiasat sedangkan Yusof melakukan kegiatan jenayah penipuan dan mencuri harta benda Nautika Innovasi Sdn.Bhd.

Keadaan tersebut memaksa Hazreeq memfailkan saman tuntutan ganti rugi dan telah diluluskan mahkamah setelah tuntutannya tidak dicabar di mahkamah.

Sehubungan itu, Hazreeq turut meminta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed agar menjelaskan kenapa fail siasatan Yusof Mahal ditutup begitu sahaja; sekalipun beliau telah mengemukakan banyak bukti berhubung amalan rasuah dan penglibatan Yusof dalam kontrak Perbadanan Labuan kerana dalam masa yang sama, Yusof Mahal adalah Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.
Saya dimaklumkan bahawa kes rasuah Yusof Mahal telah lama siap tetapi SPRM dan Peguam Negara enggan mengambil tindakan kerana bimbang BN akan kehilangan kerusi berkenaan jika diadakan pilihanraya kecil ketika itu,” ujar Hazreeq yang menekankan tindakan Yusof menjatuhkan imej BN di Labuan dan merosakkan nama baik UMNO.













































Menurut Hazreeq, beliau akan berusaha mendapatkan perintah menyita harta Yusof sekiranya gagal mendapatkan bayaran dan mungkin memfailkan perintah muflis terhadap Yusof jika tidak ada harta yang didaftarkan atas nama Yusof.

Hazreeq juga kesal kerana Yusof telah menghina mahkamah kerana dalam afidavitnya, Yusof menyatakan bahawa beliau tidak pernah melantik Nautika Innovasi Sdn.Bhd sebagai Sub-kontraktornya.
“Saya bukan sahaja meminta award yang bakal ditetapkan mahkamah, malah turut menggesa agar Yusof didakwa kerana menghina mahkamah,” tegas Hazreeq lagi yang menyebut Hakim akan membuat keputusan pada 9 Ogos 2011. - sabahkini


No comments:

Post a Comment