Monday, May 30, 2011

Pelajar Dakwa Diliwat Senior. Bandingkan dengan Sayfool!


[SH] KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.


Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.


Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
P/s: Pelik, Si Sayfool yang mendakwa diliwat orang tua berusia 60 tahun tidak mengalami simptom yang dialami oleh pelajar tahfiz ini. Kah kah kah! Si Sayfool langsung tidak menunjukkan kesan trauma dan kesakitan yang dialami oleh pelajar tahfiz ini! Biarpun begitu, Hakim Zabidin tetap menegaskan bahawa Sayfool saksi yang berwibawa! Wow!


No comments:

Post a Comment