Monday, May 30, 2011

Nik Aziz kena nasihati Anwar


SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diingatkan tidak terus menjatuhkan hukuman kepada individu didakwa menaburkan fitnah mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertaubat. 



Sebaliknya, beliau hendaklah menasihati pe-mimpin berkenaan supaya mengambil tindakan undang-undang dan melafazkan sumpah laknat bagi mempertahankan dirinya daripada terus diselubungi keaiban. 

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kasim berkata, perkara asas dibangkitkan adalah berkenaan pelaku di dalam video seks yang dikatakan mirip pemimpin itu. 

“Jadi bagi mempertahankan dirinya ambillah tindakan sewajarnya, termasuk menasihati pemimpin itu, bukan menyalahkan pihak lain... mudah saja, tetapi ini tidak berlaku. 

“Tambahan, pemimpin begitu suka mengeluarkan kenyataan bersifat politik untuk menyelamatkan diri dan parti. Jika dibiarkan berterusan, rakyat akan semakin rimas dengan situasi ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Nik Aziz menasihatkan pihak yang menabur fitnah, mengaitkan Anwar dengan rakaman video seks supaya memohon maaf kerana ia adalah antara dosa besar. 

Menurutnya, sesiapa terlibat dengannya tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah selagi dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada orang difitnah. 

Ruslan berkata, Nik Aziz perlu mengambil langkah bersesuaian terhadap Anwar daripada cuba me-ngalihkan isu demi survival politiknya. 

Video seks itu ditayangkan kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara, 21 Februari lalu oleh tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T, Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. 

Shazryl Eskay juga melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As untuk buktikan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, 29 April lalu. 

Bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari juga melahirkan perasaan curiga kepada bekas majikannya itu, kerana walaupun pelbagai gesaan dilakukan, namun masih belum ada sebarang usaha memulihkan namanya diambil. - SH


No comments:

Post a Comment