Sunday, May 29, 2011

Najib minta bantuan belia pertahankan Putrajaya

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speaker
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.


Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.


"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.


"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.

Berkecai tulang

Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga menjaja tema yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 2"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno pada Oktober tahun lalu.

Walaupun Najib tidak menyebut mana-mana parti politik dalam ucapannya, tetapi adalah jelas ia merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Najib berkata sambutan yang menggalakkan hari ini juga mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mendakwa mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan pembangkang.

"Satu hari di kalangan belia yang berhimpun hari ini akan duduk di kerusi di Putrajaya. Inilah niat kita. Pembangkang nak lelong Putrajaya... adakah anda benarkan? Tidak!

one million youth gathering in putrajaya crowd"Kita tidak akan biarkan mereka melelong Putrajaya kerana sejuta belia akan mempertahankannya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin .

Perdana Menteri mendakwa kerajaan sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan belia kerana mereka adalah pemangkin kepada transformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. 

"Walaupun tidak sampai ke peringkat membuat keputusan, memadailah anda (belia) mendukung dan menyokong pelan transformasi negara. Saya cukup hargai.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara," katanya.


Beberapa habuan

Pada perhimpunan ini, Najib juga mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia - antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 3Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini. 

Katanya, wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.

"Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun.

"Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu," kata Najib.

one million youth gathering in putrajaya on stage najib and koh tsu koonMengenai perhimpunan Hari Belia itu, Najib berkata beliau berpuas hati dan yakin sasaran menghimpunkan sejuta belia akan tercapai. 

Sehubungan itu, perdana menteri menyasarkan kehadiran dua juta belia pada perhimpunan tahun depan.

Beliau berkata sambutan yang begitu menggalakkan itu berbanding tahun lalu menunjukkan bahawa belia di negara ini mahukan keamanan dan bukan berhimpun untuk menjatuhkan kerajaan.

Himpunan belia yang bermula semalam dan berakhir esok, menampilkan lebih 200 acara dan program bagi golongan belia seperti sukan, kreativiti, seni dan sukan lasak. - 

Regina Lee
Mei 28, 11
9:30pm


No comments:

Post a Comment