Friday, May 20, 2011

Muhyiddin: Pilihan raya umum ke-13 getir bagi BN

sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give allocation
Pilihan raya umum ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh BN kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Dalam 16 pilihan raya kecil lalu, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.


"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di Baling hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya meningkat.

"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.

"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya.

NONEMuhyiddin berkata, setiap anggota Umno hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu pada 2008.

"Saya bersyukur semangat ahli-ahli Umno bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya.

Beliau berkata, transformasi dalam pelbagai perkara yang dibawa kerajaan pusat adalah baik untuk semua kaum dan negara.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar-dasar pembangkang sangat tidak adil dan memeritkan golongan Bumiputera. - MK


No comments:

Post a Comment