Tuesday, May 3, 2011

Lebuh raya LATAR dijangka siap tengah tahun ini

KUALA LUMPUR: Lebuh raya terbaru di Lembah Klang, LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ijok yang dijadual siap pertengahan tahun ini, dijangka dapat mengalihkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2).


Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB), Mohamad Razali Othman berkata, laluan sepanjang 33 kilometer itu kini di peringkat akhir pembinaan dan menghubungkan pekan-pekan utama menerusi empat persimpangan dan tiga tol. "Aktiviti komersial dan perniagaan akan menerima suntikan daripada lebuh raya ini yang memudahkan akses ke pekan-pekan terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Lebuh raya itu menghubungkan pekan di Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, selain Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, perjalanan dari hujung ke hujung dijangka mengambil masa 18 minit.

"Pembukaan LATAR Expressway itu juga bermakna 75 peratus Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) yang bertujuan mengurangkan kesesakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah siap," katanya.

Mohamad Razali berkata, lebuh raya itu juga menyediakan laluan ke Lebuhraya Utara-Selatan dan Guthrie Exressway.
KLSEB yang diberi kontrak membina dan menjalankan operasi sebelum menyerahkannya kepada kerajaan, akan memegang konsesi untuk tempoh 40 tahun.


No comments:

Post a Comment