Thursday, May 26, 2011

Kisah Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Bekas Banduan


Iktibar Politik Daripada Seorang Bekas Banduan
23 May, 2011  , Bekas banduan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Minum teh tarik percuma...  
“Saya bekerja untuk Lim Guan Eng.” 


Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa. 
Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. ‘Bayarannya’ hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai. Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda.
Teh tarik kurang manis satu! Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai.
Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati. 
Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya. 
Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: “Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu.”  
Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang. “Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad.
Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar.” Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya. Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh.
Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari. Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi.
Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni ‘utara benar’ dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang. 
Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab.
Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam.
Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi ‘subkontrak’. Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang ‘kabel’ sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri.
Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras. Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas? “Semuanya bermula dari kepala,” tegas Lim Guan Eng.
“Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan.” Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan ‘Darul Sampah’. 
“Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi  yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.” Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita.
“Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri.” Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten. Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing.
Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut. 
Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: “Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu.” Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri. Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan.
Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am. 
Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada ‘utara benar’, iaitu asas perjuangan politik kita. Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar.
Satu kisah yang menarik diceritakan oleh Zairil Tan Sri Khir Johari yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perjalanan hidup seharian Lim Guan Eng yang serba sederhana dan begitu komited menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri.
Dipetik Dari TranungKite.Net
Oleh : amkns

MASIH INGATKAH LIM GUAN ENG DIPENJARA?


Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu! Ingatkah anda kes-kes berikut dan bagaimana ianya berakhir.....


a. Rahim Tamby Chik - kes rogol budak perempuan bawah umur dan rasuah- kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta,
b. Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno - kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings,
c. Nazri Aziz - penyelewengan permit teksi,
d. Said Yusof, MP tutup mata sebelah - skandal elak bayar cukai balak,
e. Khalil Yaakob -skandal balak di Pahang,
f. Annuar Musa - skandal penyelewengan PPRT berjumlah RM 40 juta,
g. Abu Hassan Omar – skandal seks dengan adik iparnya.
h. Mohamad Khir Toyo,- amalan kronisme dalam agihan projek pembangunan Negeri Selangor,
i. Muhammad Mohd. Taib – bawa lari anak sultan dan menikah di Golok & bawa berjuta wang tunai di Australia,
j. Ling Liong Sik - skandal Port Klang FTZ dan RM4.5 juta bailout oleh gomen,
k. Chan Kong Choy - skandal Port Klang FTZ dan RM4.5 juta bailout oleh gomen,
l. Samy Vellu - saham Maika Holdings,
m. Tengku Adnan Mansor - skandal clip vidoe Lingam,
n. Zakaria Deros - bina rumah bernilai RM 10 juta tanpa plan dan permit,
o. Najib Razak - skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta,
p. Abdullah Ahmad Badawi - skandal Oil for Food.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.

SURAT KHAS DARI
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.



Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.


No comments:

Post a Comment