Wednesday, May 25, 2011

Khairy di pihak yang benar.??

Perbalahan Khairy dengan Saifuddin Nasution - Khairy di pihak yang benar.


Saifuddin Nasution Setiausaha agung PKR dan Khairy tidak sepatutnya berbalah dalam isu pengurangan subsidi RON95 ini. Bukankah sekarang masing-masing bertujuan untuk mendesak pihak yang berwajib untuk tidak mengurangkan subsidi RON95 itu?

Kenapa sudah bersama ingin melihat tidak ada pengurangan subsidi RON95 itu, masih lagi hendak bertelagah. Kenapa dalam niat dan usaha yang sama masih hendak bertelagah. Saya tidak faham.



Dalam isu ini saya tidak dapat menerima serangan Saifuddin terhadap Khairy kerana saranan Khairy itu merupakan satu ‘favour’ yang sangat besar kepada rakyat yang sedang dalam keresahan sekarang ini.

Bagi saya semua pihak wajar memberikan sokongan moral terhadap desakan Khairy untuk kerajaan tidak mengurangkan subsidi RON95 buat seketika ini walaupun beliau bersetuju untuk dilakukan penstruktoran terhadap subsidi RON95 ini. Saifudin sepatutnya mengambil isu ini secara objektif dan pandangan Khairy itu sebagai pandangan yang sangat menyejukan hati rakyat. 

Rakyat mahu mendengar suara-suara di kalangan pimpinan semua pihak yang menyebelahi rakyat yang berdukacita dengan isu pengurangan subsidi ini. Dalam isu ini apa yang diperkatakan oleh Khairy itu benar dan betul selari dengan kehendak ramai. Tidak timbul masalah bermuka-muka Khairy seperti yang dituduh oleh Saifuddin itu. Saifuddin sendiri ada sejarah bermuka-muka itu. Tetapi bukan waktunya untuk berbalah tentang isu bermuka-muka ini.

Mahathir bermuka-muka, Najib bermuka-muka dengan kaum-kaum yang berbagai, dan banyak pemimpin yang bermuka-muka dikalangan pemimpin politik dunia ketiga ini.

Dalam hal yang melibatkan orang ramai seperti isu subsidi ini, kita wajar melupakan siapa dari pihak mana. Yang pentingnya ialah samada kenyataan Khairy itu wajar atau pun sebaliknya. Bagi saya sebagai Ketua Pemuda beliau memang sepatutnya diberikan dukungan dalam isu ini, melainkan ada pihak samada dalam BN/UMNO atau pembangkang melihat segala-galanya dari sudut politik yang sempit dan kuno.

Tidak timbul isu Khairy sombong atau apa, ini isu yang melibatkan rakyat yang ramai. Buat masa ini kerajaan wajar mencari jalan untuk menyelesaikan isu bebanan subsidi ini, tetapi buat masa sekarang kita meminta pengurangan subsidi terhadap RON95 ini ditangguhkan dahulu. 

Itu sebenarnya yang diminta oleh Khairy kalau bacaan saya itu betul. DAN permintaan itu wajar. Itu jugalah permintaan Saifuddin dan partinya PKR. DAN hanya Khairy dari kepimpinan UMNO yang berani bercakap secara tegas dalam isu ini.Yang lain bercakap berpusing-pusing.

Oleh itu, saya hendak bertanya kepada Saifuddin, kenapa nak bergaduh? Silly isn’t it?

No comments:

Post a Comment