Saturday, May 21, 2011

Kenaikan harga RON95: Rakyat diminta tunggu pengumuman kerajaan

BERA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak, yang akan dibuat tidak lama lagi


Beliau berkata, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat.

"Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan kita buat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan apa-apa harga. 

"Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Ismail Sabri juga meminta pihak berkenaan agar menghentikan semua pembohongan dan spekulasi berhubung kenaikan harga minyak kerana ia jelas bermotifkan politik.


Beliau berkata, perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas pukul 12 malam tadi, dan ia mencetuskan kekecohan di kalangan orang ramai. 



"Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dan sebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan," katanya. 

Ismail Sabri berkata, kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak. 

"Kita masih tengok dari segi pro dan kontra, namun saya tidak boleh beri jaminan bahawa harga minyak akan kekal selamanya, kerana bukan kuasa saya untuk beri jaminan seperti itu," katanya. - SH


No comments:

Post a Comment