Friday, May 20, 2011

Kenaikan Harga Makanan Negara Dalam Jangka Masa 4 Bulan Pertama Tahun 2011 Merupakan Kenaikan Dua Kali Ganda Dari Harga Dunia

Statistik inflasi terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia untuk empat bulan pertama 2011 (sehingga bulan April 2011) begitu membimbangkan.
Saya perihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9% harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas.

Sekiranya kenaikan ini tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun 2011 akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak tahun 2006. Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8% akibat dari kenaikan mendadak harga minyak dan petrol.
200620072008200920102011*
Kenaikan Harga Makanan
3.4%
3.0%
8.8%
4.1%
2.4%
4.9%
Jadual 1:
Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011( tahun *2011 merupakan satu jangkaan)
Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun 2011.
Perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation’s Food and Agricultural Organisation [FAO]) dengan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.
Jan 2011Feb 2011Mar 2011Apr 2011% kenaikan Jan – Apr
Indeks Harga Pengguna untuk makanan dan minuman tidak beralkohol (sumberBNM)
102.6
103.7
103.7
104.0
1.4%
Indeks Harga Makanan Bulanan
(sumber: FAO)[1]
230.7
237.2
231.0
232.1
0.6%
Jadual 2:
Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan seluruh dunia.
Kami yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.
Alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi kerana ianya meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. Jelasnya rakyat yang terkesan akibat dari program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin. Rakyat mulai muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh Barisan Nasional apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum.
Pakatan Rakyat telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Buku Jingga.
Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat yang berjumlah 19billion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/Swasta (IPP). Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM 28 billion setiap tahun( kesimpulan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara pada dari tahun 2008)
Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30% lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005. Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30% sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6% dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010.
Pakatan Rakyat akan jelaskan kepada rakyat bahawa memilih Barisan Nasional, adalah memilih penyelewengan pengurusan ekonomi dan kenaikan harga makanan.

No comments:

Post a Comment