Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama Bin Laden hanya propaganda

Sejak pagi tadi heboh di dada-dada akhbar dan media-media seluruh dunia tentang kematian orang nombor satu paling dikehendakki oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Osama Bin Laden. Ketua kumpulan Al-Qaeda itu didakwa telah berjaya diburu dan bunuh oleh tentera Amerika dengan bantuan tentera Pakistan.
Stesen televisyen Pakistan turut menyiarkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa telah terkorban dengan keadaan wajahnya penuh luka-luka. Berikut gambar yang dimaksudkan.

Namun begitu ternyata satu-satunya gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen Pakistan hanyalah sebuah gambar palsu. Gambar tersebut adalah hasil gabungan dua keping gambar lain. Lihat di bawah.

Apa tujuan propaganda ini dilakukan masih dalam kajian. Apa yang pasti gambar yang disiarkan adalah gambar palsu dan bukanlah gambar Osama seperti yang digembar gemburkan. Tambah menghairankan, mayat Osama Laden dikatakan akan dikebumikan di laut, malah lokasinya dirahsiakan.

Amerika Memalsukan Kematian Osama, Gambar Palsu Di Dedahkan Di Laman Twitter.

Wajah Osama bin Laden yang terbunuh berlumuran darah tersiar meluas di internet dan diterbitkan juga oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum dipastikan secara rasmi kebenarannya.

Agence France-Presse (AFP) menyatakan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan klon dan ditempelkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin Laden. Kesimpulan sementara, kemungkinan besar foto 'Photoshop' Bin Laden yang tewas (kiri) adalah palsu. Bandingkan foto Bin Laden (kanan) semasa hidup yang bahagian janggut dan bibirnya yang sama. Gambar sama.

Bin Laden diburu dan dibunuh dalam operasi  di pinggi kota Abbottabad, 50 km barat laut ibu kota Pakistan, Islamabad pada Isnin-2/5/2011. Kematian Osama Bin Laden rasmi diumumkan Presiden AS Barack Obama melalui pengumuman yang digambarkan penuh dramatis. 
Imej kononnya wajah Osama yang terkorban dalam serangan tentera Amerika Syarikat ketika disiarkan di dalam televisyen Pakistan.
Satu imej yang menunjukkan gambar Osama bin Laden terbunuh yang disiaran di televisyen Pakistan dan beberapa laman-laman web akhbar British ialah gambar palsu.


Imej berdarah seorang lelaki dengan rambut kusut dan berdarah, sebelah mata terbuka mata telah beredar di internet sejak dua tahun lepas. Ia telah digunakan di muka hadapan laman web Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror, walaupun ia akhirnya dibuang selepas gambar tiruan itu didedahkan melalui Twitter.
Akhbar The Daily Mail yang turut menggunakan gambar palsu kematian Osama Bin Laden sebagai muka hadapan.


Gambar palsu ini pada mulanya diterbit oleh akhbar online di Timur Tengah themedialine.org pada 29 April 2009, dengan satu amaran dari editor  "tidak mampu menentukan sama ada foto tulen atau bukan".
Gambar sebenar Osama (kanan) digabungkan dengan gambar lain (tengah) sehingga dikhabarkan imej Osama yang terkorban di dalam TV Pakistan.
Gambar gigi waktu hidup dan mati yg sama...

Asal gambar luka dari muka orang lain...
Berita Berkaitan di ( SINI )

No comments:

Post a Comment