Monday, May 23, 2011

JMM Ialah Pengecut Yang Sebenar!

1. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah seperti yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 11 pada hari ini, 23 Mei 2011. Beliau dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

(GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini )

2. Program yang dimaksudkan oleh Azwanddin itu ialah program Munajat Anak Muda Kelantan yang berlangsung di Padang Perdana, Kota Bharu pada 20 Mei 2011 yang lepas yang menyaksikan belasan ribu hadirin membanjiri Padang Perdana untuk program khatam al-Quran dan solat hajat.


3. Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan. Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan. Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional. Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM.


4. Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh UMNO. Berlainan dengan UMNO yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka. Contoh jelas antaranya ialah apabila UMNO memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan. Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/247786_10150128667939567_594749566_5784314_5550581_n.jpg
5. Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu. Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM.
6. Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut. Bahkan jika UMNO dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya. Ini kerana budaya ‘upah dan suap’ yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka. JMM hanyalah merupakan ‘budak suruhan’ kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.


Sekian.


AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 23 Mei 2011 / 19 Jamadil Akhir 1432

Bagaimana dgn yg dibawah ini: 


GENERASI ULUL ALBAB VS GENERAK DI TERENGGANU


Terengganu pimpinan Datuk Menteri Besar Ahmad bin Said terus mencipta sejarah dan memahat tamadun. Baru-baru ini,khabarnya seramai 16 929 orang murid KAFA telah berjaya mengkhatamkan al-quran secara serentak di beberapa venue terpilih di seluruh negeri.Apa yang lebih menarik perhatian adalah konsep khatam yang diperkenalkan tahun ini adalah lain daripada yang lain iaitu khatam secara berteknologi.


Murid-murid KAFA ini,bermula daripada murid tahun Satu hingga Enam telah mengkhatamkan bacaan mereka menggunakan e-book,sesuatu yang baru dan berevolusi dalam pembacaan al-quran di peringkat sekolah.Apapun,penulis terfikir juga sekali dua,jika murid tahun Lima dan Enam mungkin mereka mempunyai e-book,tapi di manakah pula murid tahun Satu,Dua,Tiga dan Empat yang khatam mengambil e-book. Oh,mungkin mereka meminjam e-book abang dan kakak mereka agaknya.



KISAH E-BOOK DAN KHATAM ZAMAN IDRIS JUSOH



Projek Khatam al-quran beribu-ribu murid ini pada dasarnya adalah bermula pada zaman Idris Jusoh.Penulis masih ingat,pada tahun 2004 penulis turut berkesempatan hadir mengikuti Program Khatam Al-Quran pertama di era Islam Hadhari di Terengganu.Peristiwa enam tahun lalu itu masih boleh penulis ingati dengan jelas.Ketika itu,penulis menemankan jiran penulis,seorang ustaz yang membawa beberapa orang murid tahun Enam termasuk adik penulis ke Masjid Ladang di Kuala Terengganu.Ketika itu bulan Ramadhan.

Majlis khatam al-quran itu hanyalah selang enam bulan selepas UMNO berjaya menduduki semula Terengganu pada tahun 2004.Ketika itu,exco Islam Hadhari Haji Ramli Nuh menyampaikan ucapan dengan kesungguhannya menyampaikan konsep Islam Hadhari kepada para hadirin.Walaubagaimanapun,apa yang menariknya,program di bawah kelolaan Wisma Darul Iman itu dibuat secara kelam kabut di mana setiap sekolah diminta menghantar empat wakil,dua lelaki dan dua perempuan,dan bila dicampur-campur,maka cukuplah beribu-ribu murid tahun Enam di sana termasuklah separuh yang diimport dari sekitar Kuala Terengganu.Apa yang menariknya lagi,pemilihan itu bersikap ikut suka,di mana murid yang dibawa tidak semestinya benar-benar khatam,cukuplah sekadar pandai membaca bertujuan "meramaikan" sahaja peserta program tersebut.Malah,adik penulis yang tajwidnya masih lintang pukang dipilih mewakili sekolah atas kapasitinya sebagai ketua pengawas.Itulah ceritanya "batch" pertama generasi Ulul Albab Idris Jusoh,di mana tahun-tahun berikutnya menyaksika jumlah khatam al-quran berkali ganda,malah menjadi modal dan berita di tepi-tepi jalan utama Terengganu. tranungkite


No comments:

Post a Comment