Saturday, May 21, 2011

Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.


umno constitutional amendment committee meeting 061009 hishamuddin pc"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal. 

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," 

katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara. - MK 



  • Nazar Deros · UPM (Bachelor Mekanikal & Sistem)1993
    Boleh percaya ke hasil siasatan nie! Ya Allah kau tunjukkan lah yang benar itu benar dan yang salah itu salah dan kau hancurkanlah golongan yang menabur fitnah kalau betul ia adalah fitnah.

  • Angah Rohani
    Sudah terang lagi bersuluh.....mmg DSAI hero dalam klip porno tuh....tak perlu dedah lagi! hu hu

  • Mustaffa Ismail
    yang tukang sebarkan tak nak di dakwa ke?? kan ke salah menyebarkan video lucah kalau ikut undang2 dan akta??? ngape senyap je pasal si penyebar?? (pasal org UMNgOk?)


No comments:

Post a Comment