Sunday, May 8, 2011

Hisham: Agenda jadikan Kristian agama rasmi serius

NONE
Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.


"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Besut, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.
utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting
Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu.

"Tapi saya lebih suka berdepan dengan mereka yang tidak fahami benda sebenar, kita beri penjelasan perkara-perkara yang dikipas dan diapi-apikan oleh pihak tertentu.

"Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula," katanya.

azlanKatanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan.

"Semua saya pantau, bukan sahaja kumpulan ini, yang ekstremis Islam pun ada, yang nak balas kematian Osama bin Laden (pemimpin Al-Qaeda)," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand.

"Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio 'Datuk T'. Kalau salah tetap salah," katanya.


Respon Pembaca


Hanisah Halim ·  Top Commenter · UITM
Jika dahulu, PAS bergabung dgn DAP dan PKR, BN cuba mainkan isu AGAMA dengan mengatakan PAS dan DAP tidak boleh bersatu, DAP tidak akan menerima prinsip PAS untuk melaksanakan hukum islam, Tapi kini bila ternyata DAP menerima PRINSIP PAS dan Rakyat menerimanya, mereka semakin takut sekarang timbulkan pulak isu ''PM Kristian''.RAKYAT tidak bodoh seperti yg kamu sangkakan. INSYAALLAH ISLAM AKAN TERJAMIN BERSAMA PAKATAN RAKYAT.- Allah Maha Berkuasa.



  • Hamim Shahrir ·  Top Commenter · Works at Sendiri cari makan maa
    aku tak caya blogger berkenaan akan disiassat.. kes video lucah tersebar pun polis tak tau sape sebarkan.. blogger ni plak mesti tak dapat di kesan le, address tak betul le, takde DNA le...

  • M Saedon Abdul Majid · Kajang, Malaysia
    Agama Islam adalah agama resmi dalam perlembagaan..!!!! dah terjamin dah...sapa yang reka cerita nak ubah ni? mental lah dia ni..UTUSAN la sapa lagi..

No comments:

Post a Comment