Tuesday, May 31, 2011

Hanya Melayu Ada Hak Untuk Biasiswa JPA?

biasiswa jpa Hanya Melayu Ada Hak Untuk Biasiswa JPA?Biasiswa JPA memang menjadi rebutan bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM di seluruh negara.Namun kenyataan dangkal dari Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, bahawa hanya orang melayu dan bumiputera yang mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, itu kami tidak setuju.

Kenyataan tersebut  dibuat bagi menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang memohon agar amalan temuduga biasiswa JPA dimansuhkan. Mana tidaknya kadang – kadang berlaku ketidaktelusan dalam pemilihan biasiswa . Yang dapat A+ pun belum tentu dapat lagi tapi yang dapat A, A- pulak yang dapat.
Prof. Abd. Aziz Bari, pakar perlembagaan mengatakan tidak ada pulak dalam perlembagaan pun mengatakan biasiswa hanya org Melayu yang layak mendapatkannya. Beliau mengatakan mungkin kenyataan presiden GAPS berdasarkan peruntukan perlembagaan perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu. Tapi masalah dalam perkara 153 ada ker disebut biasiswa hanya layak untuk orang Melayu.
Tapi kenyataan balas Presiden GAPS ini memang betul-betul memalukan mentaliti orang Melayu.Biasiswa JPA adalah hak semua rakyat Malaysia.Siapa yang cemerlang, maka dia lah yang dapat.Cuma benar kata Chua Soi Lek, memang ada berlaku ketidak telusan dalam pemberian biasiswa JPA ini.Kadang-kadang, yang tak cemerlang pun boleh dapat biasiswa.
Amalan menemuduga mungkin sudah tidak lagi sesuai.Apa kata pemilihan dibuat mengikut sistem meritokrasi.Ianya lebih baik kalau dinilai dari segi mata pelajaran dan juga sahsiah pelajar itu sendiri dalam sukan, ko-kurikulum dan sebagainya.Dengan sistem mata, pemilihan biasanya lebih telus.
Namun begitu, perlu diingat juga kepada para pelajar cemerlang ini.Persaingan sekarang bukan macam 10 tahun dulu.Sekarang dah beribu atau berpuluh ribu yang dapat 9A atau 10A setiap tahun.Jadi, bukan semua yang cemerlang boleh dapat biasiswa JPA.Sebab itulah, pemilihan melalui sistem mata kepada mata pelajaran kritikal, adalah lebih sesuai diadakan.
Jadi, persoalan disini adakah biasiswa ini hanya benar – benar hanya layak kepada orang Melayu dan bumiputera sahaja walaupun ada juga anak – anak dari berlainan bangsa yang keputusannya cemerlang dianaktirikan haknya untuk mendapatkan biasiswa JPA.
Apa pandangan anda mengenai kenyataan tersebut?

No comments:

Post a Comment