Tuesday, May 3, 2011

Fatwa Imam Syafie mengenai kenduri arwah.

Marilah kita bersma tegakkan sunnah dan meninggalkan amalan yg sia sia. Rasulullah pernah bersabda;



"Amalan yg bukan dari ajaranku akan ditolak, Setiap yg baru itu Bid'ah, Setiap Bid'ah itu sesat, setiap sesat itu api neraka"


Allahualam...
Benarkah Kenduri Arwah itu Ajaran dari Imam Syafie?
Telah menjadi satu kebiasaan masyarakat di Nusantara terutamanya di Malaysia apabila salah seorang ahli keluarga meninggal dunia diadakan upacara kenduri arwah iaitu satu upacara yang diadakan sempena kematian seseorang muslim baik ia dilakukan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempatpuluh dan seterusnya.

Apakah definisi KENDURI ARWAH?

Ustaz Abu Ihsan menerangkan:
"Tahlilan adalah acara yang berkaitan dengan peristiwa kematian seseorang lalu keluarga mayat (si mati) dan kerabat serta masyarakat sekitarnya mengadakan pembacaan al-Qur'an dan zikir-zikir tertentu berikut doa-doa yang ditujukan untuk mayat di alam kubur. Ritual ini dilakukan secara berjemaah dan dengan suara yang keras.  

Biasanya acara ini berlangsung tiga/tujuh hari berturut-turut setelah (berlakunya) hari kematian. Kemudian diakhiri dengan hidangan makanan yang lebih dari ala kadarnya. Dan acara ini diselenggarakan lagi pada hari keempat puluh dan keseratus atau dilakukan setiap tahun. Anehnya acara tahlilan di suatu tempat berbeza dengan acara tahlilan di tempat lain. Ini menunjukkan bahawa acara seperti ini tidak ada dasarnya dalam syariat dan tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam."

[Dinukil daripada Bincang-bincang Seputar Tahlilan,Yasinan dan Maulidan karya Ustaz Abu Ihsan Al-Atsari (Pustaka at-Tibyin, solo, 2003),ms.83.]

Berdasarkan keterangan di atas maka dapat disimpulkan maksud kenduri adalah;
[1] adanya perkumpulan orang ramai di rumah si mati.
[2] adanya amalan-amalan ritual seperti membaca ayat-ayat al-Qur'an, zikir-zikir dan doa-doa tertentu secara berjemaah di bawah pimpinan seorang imam.
[3] adanya jamuan berupa makanan yang dihidangkan oleh keluarga si mati kepada hadirin.

Persoalannya di sini,adakah amalan ini merupakan suatu yang dianjurkan oleh Imam al-Syafie dan para ulama' bermazhab Syafie sebagaimana yang didakwa oleh setengah pihak???

Mari kita teliti apa pandangan Imam Syafie dan para ulama' bermazhab Syafie.

Imam Muhammad bin Idris al-Syafie (204H).
Telah berkata Imam Al-Syafie:
"Aku benci al-Ma'tam iaitu berkumpul-kumpul di rumah keluarga orang mati meskipun tidak ada tangisan kerana sesungguhnya yang demikian itu akan memperbaharui kesedihan."
[al-Umm, jld. 1,ms. 318]

Imam al-Syafie rahimahullah berkata:
"Dan dilarang menyediahkan makanan pada hari pertama kematian,hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan."
[I'anatul Tholibin,jilid 2, ms.146.]

Dalam kitab yang sama, jilid 2,ms. 146 dinyatakan:
Imam al-Syafie berkata lagi:
"Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediahkan oleh ahli (keluarga) si mati kerana ialah adalah suatu yang keji dan ia adalah bid'ah."

Juga dalam kitab yang sama,jilid 2, ms. 146-147 disebut bahawa Imam al-Syafie rahimahullah berfatwa bahawa:
"Dan antara bid'ah yang mungkar ialah kebiasaan (adat) orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) di hari keempat puluh (empat puluh harinya) padahal semuanya ini adalah haram."

Imam Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676).

Imam al-Nawawi rahimahullah (676) berkata:
"Adapun hidangan yang disiapkan oleh keluarga si mayat dan mengumpulkan orang ramai pada hidangan tersebut maka tidak ada satupun dalil yang menyebutkannya. Amalan seperti itu tidak dianjurkan,bahkan termasuk bid'ah."
[al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab, jilid 5, ms. 186]

Dalam kitab yang sama,beliau mengulas kenyataan Imam al-Syafie berkenaan amalan kenduri arwah:
"Pengarang (Imam al-Syafie) dan ulama'-ulama' yang lain berpendapat berdasarkan dalil yang lain bahawa perbuatan itu (yakni mengadakan perkumpulan) adalah merupakan bid'ah."
[al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab, jilid 5, ms. 186]

Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani al-Syafie. Beliau menjelaskan:
"Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada memperusahakan makanan dan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan washah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 hari dan 20 hari dan 40 hari dan umpama yang demikian itu seperti yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela syarak kerana tegah pada syarak."
[Kashfu al-Litham, jilid 1, ms.85.]

Sebenarnya masih terlalu banyak fatwa Imam al-Syafie dan para ulama' bermazhab Syafie berkaitan dengan keharaman mengerjakan kenduri arwah. Kesimpulannya, majlis kenduri arwah haram dilakukan oleh keluarga si mati dan amat ditegah di sisi agama. Dalam hal ini Imam Syafie tidak bersendirian mengharamkan kenduri arwah, ini sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Ahmad Abdurrahman al-Banna:

"Telah sepakat imam (Mazhab) yang empat (Abu Hanifah,Malik,Syafie dan Ahmad) atas tidak disukainya keluarga si mati membuat makanan untuk orang ramai yang mana mereka berkumpul di situ berdalil dengan hadis Jarir bin Abdullah. Dan Zahirnya adalah haram kerana meratapi mayat hukumnya haram, sedangkan para ulama telah memasukkannya (yakni berkumpul di rumah keluarga si mati) bahagian dari meratap dan ia (amalan) itu (jelas) haram.

Wallahu'alam.

Jazakallah Akhi Aljimar Almahir - http://www.facebook.com/profile.php?id=100001920210317 


No comments:

Post a Comment