Thursday, May 19, 2011

Berita Gembira ke ni ??? : 'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan' , RON95 Kekal

electric bill 130608
Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.


Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.


Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.


Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat. -MK


Respon :



Kijang Aero Galaxie ·  Top Commenter · Editor at Fashion Bloggers
Mampus la.. lps ni letrik naik harga pulak.. hidup bagaikan mahu muflis di negara sendiri.. Bangang punya kerajaan (BN).

  • Joel Bee ·  Top Commenter · SMKMSR
    nak risau apa.. nanti menteri akan cakap penyelarasan tarif baru ini tidak akan membebankan rakyat.. syukurlah.. hmmm..

  • Nazri Omar · UTM 83/88 (Mechanical Engineering)
    menteri kata lagi.....kalau rasa mahal...jangan le guna....hahaha.....tak senonoh langsung...mentang-mentang le dia orang ni guna free je.....

No comments:

Post a Comment