Friday, May 6, 2011

Banyak lagi salah laku Anwar

Mahu dedah lagi salah laku Anwar


SHAZRYL Eskay menjawab soalan   sekumpulan media mengenai rakaman video seks membabitkan Anwar selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong, semalam.
SHAZRYL Eskay menjawab soalan sekumpulan media mengenai rakaman video seks membabitkan Anwar selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong.

Shazryl Eskay sahkan lokasi rakaman video seks bukan di Thailand


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik polis mendedahkan pelaku sebenar dalam video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu. 


Malah, Shazryl Eskay turut mengesahkan rakaman video berkenaan yang diterimanya sebelum dipertontonkan kepada media dirakam di Malaysia, bukannya di Thailand seperti digembar-gemburkan berikutan tersebar beberapa bahagian di laman YouTube menggunakan tulisan Thai.

“Saya hanya akan dedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar sebaik polis mengesahkan kepada masyarakat siapa pelaku sebenarnya dalam video berkenaan. Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan video seks itu.


“Kita tunggu dan lihat.. saya percaya kebenaran akan muncul selepas ini. Siapa dalam video terbabit juga akan terungkai,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong, di sini, semalam. 


Trio Datuk T iaitu Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dipanggil memberi keterangan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu ketika sumpah laknat dilakukan. 


Shazryl Eskay yang tiba kira-kira jam 11 sebelum meninggalkan pekarangan itu tiga jam kemudian. Bagaimanapun, dua lagi Datuk T turut memberi keterangan di balai polis berlainan. 

Jumaat lalu, Shazryl Eskay ditemani Rahim dan Shuib membuat sumpah laknat di masjid Amru Al-As bagi membuktikan kebenaran berhubung isu video seks yang didedahkan mereka. 
Ketika ditanya sekiranya polis tidak mendedahkan pelaku dalam video terbabit, adakah pendedahan konspirasi itu akan dilakukan, Shazryl menjawab, segala-galanya bergantung kepada keadaan. 

“Saya tahu semua orang marah selepas kami mendedahkan video seks berkenaan sehingga ramai pihak menyuruh saya membuat sumpah laknat bagi membuktikan kebenaran terhadap apa yang saya buat. 

“Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan,” katanya. 

Turut ditanya sama ada beliau adalah pembekal wanita kepada Anwar Ibrahim berikutan dirinya turut berada dalam video berkenaan, Shazryl Eskay enggan mengulas lanjut berikutan siasatan polis sedang berjalan. 

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi mengesahkan turut memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di masjid Jumaat lalu, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis yang dibuat. 

“Cukuplah hanya memaklumkan saya turut membuat laporan polis pada hari ini,” katanya. Berita Harian


No comments:

Post a Comment