Thursday, May 19, 2011

Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB?


PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.

Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,” hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi. - MK



  • Walifirdaus Wan Abdul Razak · Universiti Pertanian Malaysia
    Teringat dulu Kisah Bank Bumiputra yang ditelan Comerce Bank milik Daim Zainuddin. Comerce Bank adalah bank kecik yg tidak banyak cawangan. sedangkan Bank Bumiputra adalah bank yg terbesar kalau xsilap dan mempunyai cawangan yang banyak. selepas itu terjadila bumiputra commerce dan sapa yg xsuka dihantar ke Bank Muamalat.

    • Eizam Arbak
      gabung gabung. untung broker. yg pegang jawatan head kat dua dua bank panas kaki. silap gaya kena berhenti, transfer, dah akhirnya hilang la persaingan sesama kite..jd la macam sime darby. dah terlalu besar, bukan mudah urus. tula....

    No comments:

    Post a Comment