Tuesday, May 24, 2011

'Anwar perlukan saya untuk tujuan tertentu'

eskay abdullah in kepong police station sex video
Anggota trio 'Datuk T' - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - mendakwa beliau tidak memerlukan apa-apa daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya ketua pembangkang itu yang "memerlukannya untuk tujuan tertentu".


"Hubungan kami hanya sebagai kawan biasa. Saya tidak perlukan apa-apa daripadanya tetapi dia memerlukan saya bagi tujuan tertentu," beliau dipetik sebagai berkata kepadaUtusan Malaysia hari ini.



Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tujuan yang dimaksudkannya itu.


Dalam wawancara eksklusif itu, Eskay juga mendedahkan hubungan mereka berdua sebelum ini yang masih menjadi tanda-tanya.


Antaranya, beliau menafikan digunakan oleh Anwar dan bukanlah sekadar rakan karib pemimpin utama Pakatan Rakyat itu tetapi hanya rakan biasa yang dikenali sejak 1996.



Eskay juga menjelaskan hubungan itu tidak mempunyai kaitan dengan kerjaya politk atau menjadi penyokongnya.



Setelah enggan bersumpah laknat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Eskay berkata Anwar perlu faham bahawa "pembohongan tidak mampu menghalang munculnya kebenaran".


"Pesanan saya, keluarga anda (Anwar) lebih penting. Pergi luangkan masa dengan mereka. Insya-Allah kamu akan menjadi insan yang lebih baik," katanya dengan nada menyindir. - MK

No comments:

Post a Comment