Thursday, May 19, 2011

'Akta persaingan pastikan rakyat tak tertekan'

sarawak election muhyiddin 080411 01
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak membantu rakyat dalam menangani masalah kenaikan harga barangan.


Beliau berkata kerajaan akan tetap menangani fenomena global terutama kenaikan harga minyak bagi memastikan rakyat tidak tertekan dengan kenaikan kos hidup.


"Pembangkang tuduh kerajaan tak bantu rakyat dengan membiarkan harga barang melambung tinggi. Kerajaan sebenarnya sentiasa berusaha untuk mengawal keadaan itu," katanya ketika berucap pada majlis jalinan mesra sempena lawatannya ke Pulau Ketam dekat Kangar hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi sebanyak RM20 bilion setahun bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barang di samping penyaluran pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga akan memastikan rakyat tidak tertekan dengan persaingan meningkatkan harga oleh pihak tertentu apabila Akta Persaingan 2010 berkuatkuasa tahun depan.

azlanBagaimanapun dalam menghadapi fenomena globalisasi itu, rakyat juga perlu mengambil langkah berjimat cermat di samping berusaha meningkatkan pendapatan dengan memanfaatkan kemudahan yang disalurkan kerajaan, katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan bersedia meluluskan peruntukan bagi membina semula Jambatan Syed Putra yang pernah menjadi simbol pembangunan Kuala Perlis.

Jambatan merentangi Sungai Perlis yang menghubungkan penduduk Seberang Tok Pi dan Sebarang Ramai itu, rosak sejak 15 tahun lepas.

Lawatan ke Pulau Ketam yang mempunyai kira-kira 500 penduduk itu adalah acara pertama Muhyiddin dalam rangka lawatan seharinya ke Perlis dan walaupun hujan, orang ramai tidak berganjak untuk mendengar ucapannya. 

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin turut menziarahi kediaman seorang warga emas, Din bin Keria, 78, yang lumpuh dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin di Dewan Orang Ramai kampung itu.

Timbalan Perdana Menteri kemudian melawat kompleks pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di muara Sungai Perlis, perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru dan meninjau tapak penempatan semula bot nelayan kampung itu.

--MK 

Respon :




No comments:

Post a Comment