Saturday, May 7, 2011

Adolf Hitler Terbukti Berketurunan Yahudi


Adolf Hitler

Siapa yang tidak mengenali Adolf Hitler. Biografi, filem-filem dokumentari, buku-buku, bahkan filem-filem Hollywood pun banyak yang terinspirasi oleh kisahnya. Diktator Nazi ini dikenali sebagai tokoh perkauman yang menganggap bangsa Aryan (bangsa Jerman) sebagai bangsa yang paling unggul.


Di samping kebanggaannya terhadap bangsa Aryan (dimana Hittler mengaku sebagai bangsa Aryan), Hitler sangat memandang renadah terhadap bangsa lain, khususnya Yahudi. Hitler menunjukkan kebenciannya pada kaum Yahudi secara terang terangan tanpa berselindung dari mata dunia.

Tindakan diskriminasi sehinggakan pembunuhan untuk menghapuskan kaum Yahudi menular ke seluruh Jerman. Kem kem khas ditubuhkan untuk memisahkan kaum Yahudi dengan bangsa lain. Begitu mendalam sekali kebencian Hitler terhadap kaum Yahudi.

Tetapi tahukah kita bahawa di dalam darah Hitler adanya 'darah' Yahudi yang mengalir di dalam badannya? Berdasarkan ujian DNA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan fakta yang mengejutkan, Hitler terbukti berketurunan Yahudi dan Afrika.

Marc Vermeeren

Jean-Paul Mulders

Wartawan, Jean-Paul Mulders dan sejarawan, Marc Vermeeren yang menggunakan DNA untuk menjejak 39 waris Hitler awal tahun ini. Termasuk, seorang petani Austria yang diketahui satu-satunya sepupu Hitler, Norbert H. Sampel DNA juga diambil dari seorang warga Amerika Alexander Stuart-Houston, 61, cucu kepada saudara Hitler.

Alexander Stuart-Houston bersama dengan Adolf Hitler

Alexander Stuart-Houston ketika remaja

Sebuah akhbar Belgium melaporkan, sampel dari air liur yang diambil dari sampel saudara maranya tersebut untuk menjejaki asal-usul darah Hitler. Kromosom yang disebut Haplogroup E1b1b (Y-DNA) terdapat dalam sejumlah sampel itu, dan sangat jarang ditemui di Jerman, bahkan di Eropah Barat.

Taburan penduduk yang mempunyai darah 
Haplogroup E1b1b (Y-DNA)

"Ini biasanya ditemui di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia juga diantara Yahudi Ashkenazi danSephardic," kata Vermeeren, seperti dimuat di laman Daily Mail, 23 Ogos 2010.

"Ini salah satu bukti bahawa Hitler sememangnya sebahagian daripada bangsa yang dia benci," tambah Mulders dalam Majalah Knack.

Haplogroup E1b1b1, yang menyumbang sekitar 18-20 peratus daripada bangsa Ashkenazi - dan 8.6 peratus sampai 30 peratus daripada Sephardic-kromosom Y, nampaknya menjadi salah satu nadi garis keturunan utama dari penduduk Yahudi.

Prof Ronny Decorte

"Ini adalah hasil yang mengejutkan," kata Ronny Decorte, pakar genetik yang setuju bahawa Hitler mungkin mempunyai asal usul dari Afrika Utara.

Majalah Knack mengatakan, DNA diuji dalam keadaan makmal yang rapi dan kawalan ketat untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Ini bukan kali pertama sejarawan yakin bahawa Hitler berketurunan Yahudi. Ayahnya, Alois, adalah anak kepada seorang perempuan yang tidak berkahwin Maria Schickelgruber .Alois adalah hasil hubungan emaknya dengan seorang lelaki Yahudi yang ketika itu berusia 19 tahun bernamaFrankenberger.

Sebuah laporan menyebutkan, anak saudara Hitler, Patrick pernah menghantar surat kepada ayah saudaranya itu - amaran tentang isu sensitif soal darah campuran Alois Hitler.

Mengikut cerita yang tidak sahih, Hitler mengarahkan orang kananya, Hans Frank untuk menyiasat perkara tersebut. Oleh sebab tertekan selepas mengetahui asal usulnya dari bangsa yang dibencinya, Hitler telah membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.

Gambar kematian yang digembar gemburkan

Ada sumber yang mengatakan Hitler meninggal di Argentina. Perancangan siapakah ini?


No comments:

Post a Comment