Friday, April 15, 2011

Wow! Harum nama negara : Muat Naik Gambar Bogel Rakan Sekolah


Pelajar Malaysia berusia 17 tahun didapati bersalah memuatnaikkan foto bogel rakan sekolahnya di internet. Wow! Harum nama negara.

Hakim Mahkamah Majistret Kowloon City, Hong Kong menjatuhkan hukuman kepada Luke Thomas Pickering untuk menjalani tempoh percubaan selama 18 bulan kerana menggunakan komputer dengan cara yang salah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Pickering pelajar di  Australian International School Hong Kong telah menghubungi mangsa melalui internet. Dia kemudiannya mengugut agar si mangsa menanggalkan pakaiannya. Jika gagal berbuat demikian, Pickering mengugut akan mencederakannya.

Si mangsa menuruti kemahuannya. Pickering kemudiannya merakamkan video mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian yang berlaku pada 1 Julai 2009. Dia kemudiannya meminta HK$2,000 (RM784) daripada mangsa. Walaupun si mangsa membayar separuh daripada jumlah yang diminta, Pickering tetap memuat naik gambar bogel mangsa ke internet.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan Pickering membayar HK$13,000 (RM5,062) kepada pelajar yang dicederakannya di luar pagar sekolah.


No comments:

Post a Comment