Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan bahawa Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan dilaksanakan di semua plaza tol secara berperingkat mulai tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2015.
Menurutnya, sistem ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan akan menggantikan sistem plaza tol sedia ada. Rakyat sudah tentunya mengalu-alukan sebarang usaha bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, rakyat juga pasti tidak mahu terbeban dengan perbelanjaan tambahan ekoran pelaksanaan sistem ini.
Oleh itu, saya menyarankan supaya kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai sistem MLFF ini, terutamanya dari segi tag yang perlu digunakan bagi memastikan sistem ini dapat diimplementasikan.
Kita tidak mahu semua pengguna lebuhraya akhirnya akan diwajibkan membeli tag tertentu. Jika tag tidak dibeli, maka mereka tidak boleh menggunakan lebuhraya. Pengguna seharusnya tetap diberikan pilihan bagi membayar secara tunai dan bukannya diwajibkan membeli tag tertentu, yang mana mereka terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tag itu, selain terpaksa membayar bagi perbelanjaan tol mereka secara prabayar.
H/daily
No comments:
Post a Comment