Thursday, April 21, 2011

Siapa Salah.. Guru, Murid, Bapa Atau Polis..???

PENDANG – Waris pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (SMKTM), Nor Hanifah Sharif menarik kembali laporan polis yang dibuat kelmarin di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Pendang terhadap tindakan seorang guru Matematik merotan anaknya dengan teruk.

Sharif Mustafa, 58, berkata, laporan polis itu ditarik balik semalam ikutan guru Matematik terbabit mengaku bersalah merotan anaknya sehingga meninggalkan kesan setelah perbincangan diadakan di sekolah berkenaan. 

Menurutnya, dia membuat laporan polis kira-kira 11malam kelmarin dan membawa anaknya mendapat rawatan di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar bagi mengesahkan kejadian itu setelah anaknya mengadu sakit.

“Keesokan (semalam) saya terus sekolah terbabit bersama beberapa polis dari IPD Pendang untuk bertemu dengan guru terbabit dan Pengetua sekolah itu bagi berbincang mengenai kejadian itu.

“Setelah berbincang hampir dua jam, guru itu mengaku atas kesalahan yang dilakukan kepada anak saya dan memohon maaf dengan kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui semasa menarik balik laporan kes itu.

Menurutnya, dia berharap perkara itu tidak akan berulang lagi kepada anak saya atau pelajar lain.

“Saya berharap guru itu tidak berdendam dengan anak saya atas kejadian ini kerana jika dia merotan lagi anak saya dengan teruk, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan  tegas selepas ini,” katanya. KLN

No comments:

Post a Comment