Tuesday, April 26, 2011

Siapa bunuh suami saya?

SENAI - “Saya mahu polis terus menyiasat kes pembunuhan suami dan menjalankan prosedur secara adil dan telus untuk menangkap penjenayah,” kata isteri kepada pemandu lori baja sawit yang menuntut pembelaan ke atas suaminya. 

Suri rumah, T Jaya, 38, berkata, timbul rasa kecewa apabila kematian mendiang suaminya, G Tamil Silvam, 44, sejak enam bulan lalu masih belum terungkai apabila polis masih belum dapat menyelesaikan kes tersebut.

Menurutnya, dia bersama adik iparnya ada menerima ugutan secara panggilan telefon daripada individu tidak dikenali sehingga ke hari ini dan keadaan itu menyebabkan mereka hidup dalam kebimbangan terhadap keselamatan diri. 

“Saya mahu polis menyiasat kes ini dengan telus dan tulus supaya kami mendapat pembelaan sewajarnya ke atas kematian mendiang suami yang ditembak mati di hadapan rumah di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, pada Oktober tahun lalu. 

“Tangkaplah mereka dan jangan benarkan penjenayah atau mereka yang mengupah penembak hidup bebas begitu sahaja kerana nyawa suami sudah pun melayang sekali gus tidak boleh diganti kembali,” katanya. 

“Apabila ditanya kepada polis, saya masih menerima jawapan sama bahawa kes masih dalam siasatan dan penjenayah yang menembak mendiang suami sedang giat dijejaki,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, di sini, semalam. SH

No comments:

Post a Comment