Thursday, April 28, 2011

Setahun Bersama Streamyx @TMCorp @StreamyxMY


Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah hari ni dah masuk setahun aku bersama 
kekasih
 Streamyx .Dengan Hanya menggunakan pakej BB Deal 512 kbps,ternyata sesuai untuk kegunaan aku di dalam blogging dan kerja seharian ketika berada di rumah.Dengan hanya RM90.00 sebulan,pelbagai kerja aku dapat selesaikan dengan streamyx ni.Kiranya memang berbaloi-baloi.
Poster Streamyx BB Deal

Sepanjang menggunakan pakej ni,pada kesimpulannya memang aku berpuas hati sangat-sangat.Harap pihakTelekom Malaysia mampu mengekalkan prestasi ini di dalam industri penyedia perkhimatan internet ini pada masa akan datang.

Antara Pro Ketika Menggunakan Streamyx :
  • Tiada masalah sepanjang menggunakan internet pada waktu puncak
  • Dapat berhubung dengan rakan-rakan di laman sosial seperti facebook dan twitter tanpa sebarang gangguan internet
  • Kadar bayaran telefon rumah yang murah .Memang sesuai untuk mereka yang suka bergayut dengan pakwe atau makwe
  • Sistem bil yang teratur,memudahkan semasa pembayaran samada di kaunter ataupun di dalam talian.
Kontra Ketika Menghadapi Masalah Streamyx :
  • Operator di talian bantuan tidur kot kalau buat panggilan pada pukul 2-3.00 pagi,lama sangat baru la terhegeh-hegeh nak angkat.
  • Buat panggilan pada waktu bekerja ,ada sekali tu sampai 10 minit,robot je yang tolong jawab…takkan semua operator sibuk layan pelanggan,bukan ke yang bekerja di help center tu ramai ?
  • Asyik-asyik ajar benda yang sama,off modem,biarkan 5/10 minit,perikasa talian telefon,sampaikan ada sekali tu aku pulak yang ajar operator tu macam mana nak selesaikan masalah streamyx tu.
  • Kalau boleh,masalah streamyx boleh diselesaikan dalam satu atau dua hari,ni ada yang sampai seminggu,ape kes ?
  • Juruteknik TM ni ada yang sombong,haizzz macam tu ke korang nak buat kerja kat rumah pelanggan.Lain kali cuba la senyum sikit
  • Yang ni semua dah tahu rasanya,masa bayar bil,kat TM Point,memang menyakitkan hati.Kalau yang jaga kat kaunter tu senyum kira ok la,ni buat muka masam,terus spoil mood nak bayar bill
Sampai kat sini je komen aku pasal Stremyx ni,kalau korang ada info ,boleh la komen sekali yer

P/S : masih terfikir-fikir nak upgrade atau tidak,pihak TM ada nak offer ke ?
P/SS : Kalau la unifi dah ada di sini,teringin juga untuk mencuba nanti

Related Post:
  1. Streamyx Oh Streamyx
  2. Streamyx Oh Streamyx Part 2
  3. Stabil Atau Tidak ??

No comments:

Post a Comment