Thursday, April 14, 2011

Selepas Telur Tiruan, Sekarang Beras Tiruan China Lak... (",)

China ni mmg suka buat benda pelik2 kan, hari tu gempar pasal kes telur tiruan tapi Alhamdulillah atas siasatan yg dijalankan x jumpa lagi telur2 palsu tue kat Malaysia. Semua sampel2 yg diambil menunjukkan semua telur2 tu asli dari ayam ye, he3

China buat beras dari plastik? Pertama kali dengar Bdk Botak terpikir gak cmna la boleh jadi camtu, mungkin bagi kita pelik tapi tu la realiti yang sedang berlaku kat China. Dipetik daripada Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada plastik dijual secara besar-besaran di China.

Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras palsu di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan beras ini adalah campuran kentang, ubi jalar dan plastik. Beras plastik ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik. Resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat bahaya kepada tubuh manusia. Seorang pegawai kerajaan China mengatakan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ni bersamaan dengan memakan sebungkus PLASTIK! 

Bleh tgk video dari Youtube kat sini -> Hati2 Dgn Beras Plastik Dari China

No comments:

Post a Comment