Tuesday, April 19, 2011

Sejarah Salib, Swastika, dan Penggunaannya dalam Paganism dan Kristian


Swastika berada di tengah salib berlatarbelakangkan cahaya matahari. Mengapa ia boleh terjadi?

Tulisan di bawah ini tidak bermaksud menyinggung golongan suku, agama, dan ras apapun kerana disusun berdasarkan aspek sejarah dan berdasarkan pandangan para sejarawan barat dan Islam tentang Kristian.

Pisces, lambang awal mula Kristian

Salib adalah lambang yang sangat tua yang terdapat di dunia jauh sebelum lahirnya Nabi Isa atau Jesus. Pada awalnya orang-orang Kristian tidak menggunakan salib sebagai lambang Kristian mereka. Objek ini tidak termasuk dalam lambang-lambang awal Kristian yang disediakan oleh St. Clement. Orang Kristian pada mulanya menggunakan bintang ikan (Pisces) sebagai lambang Penyelamatnya.


Lambang Pisces yang pertama kali digunakan Kristian di Roma

Pada mulanya, salib adalah salah satu buruj bintang yang digunakan untuk menandai langit di selatan semenjak zaman awal peradaban manusia. Ada juga kaum-kaum terdahulu yang menyembah bintang salib dan digunakan sebagai lambang bagi para dewa mereka.


Jaringan Bintang Selatan yang membentuk Salib

Ketika lambang salib akhirnya dipakai, orang-orang Kristian merasa tidak selesa terhadap gambar atau patung seorang lelaki yang tergantung pada salib. Perkara ini tidak pernah berlaku terhadap Gereja Kristian sebelum abad ke tujuh.

Faktanya, salib dengan orang tergantung padanya telah dimasukkan oleh orang Rom dari India berabad-abad sebelum zaman Kristian.


Relief salib pagan di India 2000 tahun SM

Apa kata para sejarawan tentang penggunaan lambang salib ?
  • Walker berkata, “Orang-orang Kristian pada awalnya menolak salib kerana (bersifat) pagan. Patung-patung Jesus pada awalnya tidak menggambarkan dia di atas salib, tetapi dalam samaran ‘Gembala yang Baik’ yang membawa kambing.” (Acharya, The Christ Conspiracy)
  • Churchward mengatakan, “Pada dasarnya Salib merupakan tanda astronomi. Salib dengan lengan sama panjang menunjukkan waktu siang dan malam yang sama panjang, dan merupakan tanda equinox.”


Para alcemist menggunakan salib untuk penelitian
  • Sedangkan Derek Patridge menyatakan, “Yang ditunjukkan oleh salib dengan lingkaran di dalamnya adalah sebenarnya matahari yang mengecil atau mati di zodiac, dan bukannya orang.”
  • Encyclopedia of Funk and Wagnalls menyebutkan bahwa “Tanda salib sudah digunakan sebagai lambang sebelum zaman Kristian.”
Di Rom, Itali yang menjadi salah satu pusat paling awal bagi penyebaran agama Kristian, terdapat salib sebagai peninggalan dari zaman prasejarah.

Salib Keltik Pra-Kristian banyak ditemui di tepi Sungai Shannon di Ireland dengan gambar dewa bumi dan roh hutan.


Salib-salib Keltik di Eropah yang telah ada semenjak 1200 SM

Di Mesir purba, yang memuja dewa-dewi yang mati menebus dosa dengan darah, salib dijadikan lambang keagamaan yang umumnya berbentuk huruf T, disebut dengan Tau. Ada pula salib Tau yang di atasnya dipasang sebuah “gagang” yang berupa lingkaran. Lingkaran itu melambangkan kekekalan.


Ankh Mesir atau Salib Ansata (crux ansata) salah satu lambang pagan Mesir


Sejarawan barat meyakini bahawa konsep Maria dan Jesus adalah salinan dari Isis dan Horus

Salib yang di atasnya bergagang lingkaran itu melambangkan kekelalan hidup atau kehidupan yang abadi. Salib berlingkaran (crux ansata/salib ankh) yang biasanya dipakai di leher para pendeta Mesir kuno sebagai kalung. Di kalangan berbagai bangsa purba di sekitar wilayah Mediterian, termasuk Phoenicia yang berjiran dengan Palestin, lambang salib Mesir itu juga mengandungi pengertian yang cukup sukar di fahami.

Berbagai jenis salib yang digunakan semenjak pra-Kristian hingga sekarang

Selain Salib Tau terdapat satu lagi jenis salib yang disebut dengan Salib Berlengan Sama Panjang. Salib ini telah dikenal di seluruh dunia purba. Para sejarawan mengatakan bahawa di kalangan dunia purba salib ini melambangkan empat unsur (bumi, udara, air, dan api) yang dipandang sebagai sumber penciptaan segala sesuatu. Unsur-unsur ini dipandang sebagai yang abadi, sehingga semua yang tercipta darinya, tidak akan pernah musnah atau berubah-ubah.

Swastika atau Salib Berlengan Panjang


Lambang-lambang Swastika di dalam pelbagai budaya dan masyarakat

Salib berlengan panjang juga digunakan sebagai simbol pada makanan suci dan air suci dalam keagamaan. Penggunaan salib ini terdapat dikalangan bangsa-bangsa Assyiria, Babilonia, Persia purba, bahkan di benua Amerika sebelum datangnya agama Kristian.


Relief Salib Swastika di Eropa ribuan tahun sebelum Kristian


Swastika berumur 5000 tahun SM di Samara, Iraq

Bentuk lain salib jenis ini adalah swastika. Ini sebenarnya adalah salib berlengan panjang, yang bagian ujung lengannya tertekuk atau dipatahkan menurut arah yang sama (seperti arah jarum jam). Menurut sejarawan, hujung lengan yang tertekuk itu asalnya melengkung, ini akan membentuk lingkaran yang memperlihatkan lambang matahari.
  • Encyclopedia of Funk and Wagnalls mengatakan, “Bentuk atau model ini adalah salah satu lambang paling awal yang terkenal yang telah dibuat oleh manusia, dan salah satu lambang yang paling tersebar di kalangan bangsa-bangsa primitif. Lambang ini terdapat di seluruh benua selain Australia, dan merupakan lambang dewa matahari, dari Apollo (Rom), Odin (Viking) sampai Quetzalcoatl (Aztec). Lambang ini masih bertahan dalam keagamaan di India di kalangan para penganut agama Budha dan agama Jain, serta di China dan Jepun, mahupun di kalangan suku-suku Indian di Amerika Utara yang masih meneruskan  pengubatan perdukunan.”
  • Dalam Encyclopedia Britannica, Prof. Shepherd menulis, “Bentuk-bentuk salib telah digunakan sebagai lambang, keagamaan atau lainnya, jauh sebelum zaman Masihi, di hampir semua bahagian dunia. Dua bentuk salib Pra-Kristian telah menjadi model dalam Kristian. Lambang hieroglyph Mesir tentang kehidupan (salib ankh, salib Tau dengan lingkaran di atasnya) dipungut dan digunakan secara meluas pada monumen-monumen Kristen Koptik. Salib Swastika (crux gammata), yang terdiri atas empat huruf gamma kapital Yunani, dijumpai pada kebanyakan batu nisan makam Kristian sebagai lambang yang tersamar. Lambang ini tersebar luas sebelum zaman Kristian di Eropah, Asia, dan Amerika dan umumnya dianggap sebagai lambang matahari atau api. Dari situlah makna sumber kehidupan berasal.”
Di beberapa tempat di dunia ini, hujung tekukan pada salib swastika di letakkan simbol tapak kaki yang menandakan adanya gerak “berjalan”. Di tempat lain, ada pula yang menggambarkan hujung swastika dengan gambar burung yang menggambarkan pergerakan matahari di angkasa. Atau gambar ikan, yang menggambarkan matahari menyelam ke dalam laut di bawah muka bumi setelah tenggelam di malam hari dan sebelum kembali terbit keesokan harinya.


Burung dan Dewa Matahari (Swastika Nazi Jerman)


Swastika Zionist dan Swastika Dewa Matahari

Bagaimanapun, salib merupakan lambang Dewa Matahari. Kerana hanya satu matahari wujud bagi penduduk dunia, maka dengan sendirinya di mana-mana di dunia ini, apabila mereka memuja Dewa Matahari maka lambang dan kepercayaannya akan muncul dan terpahat di dalam setiap kehidupan mereka.


Persamaan Dewa Matahari Keltik dan Dewa Matahari Aztec

Demikian halnya antara kepercayaan pagan dengan kepercayaan Kristian. Sejak ribuan tahun sebelumnya sehingga zaman penyebaran agama Kristian di kawasan Mediterian, telah terdapat agama-agama yang mempercayai dewa-dewi yang menderita, disalib dan mati untuk menebus dosa. Riwayat-riwayat dan waktu penyaliban Jesus yang terdapat dalam doktrin Kristian juga sangat serupa dengan kepercayaan pagan, iaitu berkisar antara 21-25 Mac. Justinus Martir (hidup sekitar tahun 103–165) mengatakan bahawa iblis yang mendengar ramalan-ramalan para nabi besar sebelumnya, meniru ajaran itu sebelum adanya agama Kristian itu sendiri. Tapi pada dasarnya jenis-jenis salib ini digunakan oleh kaum pagan untuk menyembah dewa matahari mereka semenjak perbagai peradaban kuno dunia mucul.

Pandangan Islam tentang Salib dan Penyaliban Isa

Islam menolak dengan keras doktrin terhadap peristiwa penyaliban tersebut, kerana perkara ini selari dengan konsep Paganisme dan penyembahan kepada dewa-dewa yang sangat bertentangan dengan konsep monotheisme atau Ketuhanan Yang Maha Satu.

Allah berfirman

Qur’an surah An-Nisa ayat 156-157 :
Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zina), dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.

No comments:

Post a Comment