Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Khairy Abdul Ghani berkata, usaha penyebaran risalah tersebut mestilah dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah dan berlaku panik di kalangan umat Islam.
“Kelmarin (Ahad), kira-kira jam 2.30 petang kami didatangi sekumpulan warga Amerika yang bertindak menyebarkan risalah berkaitan ‘Judgement Day on May 21, 2011’ oleh pendakyah Kristian yang memakai seragam yang sama bertemakan Judgement Day.
“Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat dengan menaiki kapal untuk menyebarkan makluman tersebut kepada semua umat manusia di seluruh dunia,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurut Khairy yang membuka perniagaannya di pusat perniagaan East Coast Mall dekat sini, semasa menyebarkan risalah tersebut mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang semakin menjadi-jadi pada masa ini menunjukkan bahawa hari kiamat sudah sangat hampir.
Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat orang ramai di tempat lain juga menerima risalah yang sama kerana pendakyah berkenaan akan menumpukan sasaran di tempat orang ramai bercuti hujung minggu.
“Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat iaitu kehidupan selepas mati, tetapi menurut risalah yang diedarkan, hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Mei 2011 mengikut formula mereka"
“Pada saya hanya Allah yang tahu bila kiamat akan berlaku dan bukan ditentukan oleh manusia. Mungkin juga ada agenda lain di sebalik penyebaran risalah tersebut iaitu untuk melemahkan umat Islam daripada bekerja dan berusaha.
“Jadi sebab itu saya desak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis segera bertindak kerana jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sangat bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah umat Islam dan mengkucar-kacirkan keadaan,” katanya.
Difahamkan, kumpulan yang menyebarkan risalah secara terang-terangan itu sengaja mensasarkan kumpulan orang Melayu terutama muda-mudi tanpa diketahui apakah sebenarnya tujuan mereka [Hdaily].
itulah cara nesrani & yahudi ingin menyesatkan akidah kita, so pada pemuda-pemudi islam membanyakkan ilmu agama dan membanyakkan beribadah jgn terlalu lalai dgn hal dunia, semoga agenda mrk yg berniat jahat untuk menjatuhkan Islam tak menjadi
ReplyDelete