Wednesday, April 27, 2011

Liga Juara-juara Eropah : Schalke gagal sekat Man United


BERLIN, (AFP) - Manchester United mempamerkan aksi serangan yang menggerunkan bagi mencatat kemenangan 2-0 ke atas Schalke 04 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah.

Penjaga gol Schalke, Manuel Neuer bagaimanapun beraksi cemerlang bagi memastikan keputusan tidak terlalu teruk buat tuan rumah namun gagal menghalang Ryan Giggs dan Wayne Rooney daripada menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Keputusan tersebut sekaligus meletakkan United sebagai pilihan utama untuk mara ke final dan mereka kini selesa untuk melayan kunjungan Schalke dalam separuh akhir kedua di Old Trafford minggu depan.

"Pasukan saya mempamerkan persembahan penuh profesional malam ini," ujar pengurus United, Alex Ferguson.

"Fokus, tekanan dan hantaran mereka sangat bermutu tinggi. Mereka berhak menang."

Rooney pula berpendapat United sepatutnya boleh menang dengan keputusan yang lebih baik.

"Kami gembira dengan keputusan ini tapi sedikit kecewa kerana tidak dapat menjaringkan lebih banyak gol," ujar penyerang tersebut.

Neuer, yang menjadi sasaran United untuk menggantikan Edwin van der Sar, melakukan beberapa aksi hebat, antaranya menepis sepakan lencong Rooney dan mengeluarkan percubaan bahaya Park Ji-sung. Javier Hernandez juga turut dikecewakan oleh penjaga gol antarabangsa Jerman itu, yang turut menafikan cubaan Giggs.

Namun begitu, kekurangan pengalaman jelas menjadi kelebihan United yang melancarkan serangan demi serangan dan dua gol pantas dalam masa dua minit membuatkan Schalke berdepan tugas berat di Old Trafford minggu depan.

sumber: astroarena

No comments:

Post a Comment