Tuesday, April 26, 2011

Isu pulau Utusan: MCA "nang bo ti nang koi bo ti koi"


Gesaan MCA supaya memulaukan Utusan Malaysia jelas menampakkan sikap mereka seperti kata-kata pujangga Cina kuno “Nang bo ti nang kui bo ti kui” dalam bahasa Melayu nya "orang bukan orang hantu bukan hantu”.

MCA telah menghantu-hantukan kaum Cina seolah-olah Utusan itu amat menakutkan, perkauman dan rasis dan menggesa Utusan dipulaukan. Persoalannya kepada siapa mereka tujukan supaya Utusan dipulaukan? Kepada orang-orang Cina kah atau orang-orang Melayu kah?

Jika seruan ini ditujukan kepada orang-orang Cina persoalannya berapa kerat kaum Cina yang baca Utusan?Jika kaum Cina tidak membaca Utusan ini bermakna mereka cuba menanam persepsi bahawa Utusan itu hantu yang menakutkan.

Jika seruan ini ditujukan pula kepada orang-orang Melayu ini bermakna ia adalah salah satu usaha terbaru mereka untuk menarik hak-hak keisimewaan orang-orang Melayu supaya mereka dibisukan dari bersuara mempertahankan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Dengungan paluan MCA ini telah sampai ke pentas Opera Cina atau Wayang Tongkoi DAP. Mendengar paluan ini DAP terus mengubah tajuk Drama Wayang Tongkoi mereka seperti kata Lim Kit Siang dalam blognya “Utusan Malaysia is not the Malay voice but the voice of Muhyiddin against Najib”.

Malah DAP menyahut paluan ini dengan lebih lantang untuk memecah-belahkan hubungan akrab Najib dan Muhyiddin. (lihat Blog Lim Kit Siang)

Kenyataan LKS yang cuba melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin ini adalah usaha jahat DAP sebagai strategi awal untuk menyemai benih kebencian kepada kedua-dua pemimpin ini sebagai persediaan pilihanraya umum yang akan datang.

LKS sedar peranan besar Najib di Sarawak dalam pilihanraya baru-baru ini telah membawa aura dan impak besar kepada rakyat Sarawak untuk terus mengundi BN.

Manakala bahan kempen DAP yang berkesan ialah dengan memainkan isu-isu rasis untuk memancing undi kaum Cina di kawasan pengundi Cina.

Hari ini DAP sedang menghantu-hantukan kaum Cina bahawa Melayu itu adalah “Drakula”.

Itulah MCA dan DAP “nang boi ti nang koi bo ti koi”

No comments:

Post a Comment