Friday, April 22, 2011

Hasrat tidak kesampaian

MERSING - Hasrat seorang pemuda untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila menemui maut dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Mersing-Kahang, semalam.



Difahamkan, mangsa, Fadli Sulaiman, 26, dalam perjalanan ke tempat kerja selepas pulang makan tengah hari bersama keluarga dan tunangnya.

Dalam kejadian berkenaan, kereta Kancil yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan dirempuh Toyota Harrier. 


Mangsa yang bekerja di Kem Latihan Khidmat Negara Kluang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 



Pasukan Bomba dan Penyelamat kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. 



Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, beliau mengesahkan kejadian dan diklasifikasikan sebagai kemalangan maut. 



“Mayat mangsa telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Mersing untuk dibedah siasat,:” katanya. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment