Wednesday, April 20, 2011

Buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia???

Buku Skandal Seks Rais Yatim? Oleh: VIVIEN SAKUNTALA (Koresponden Sabahkini.net di Jakarta)

DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain. Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu.

Kelmarin, Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan menyalahgunakan prosiding mahkamah.

Beban bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita. Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak pembawa berita?,” tanya Mutalib dalam emailnya.

Mutalib turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar Pro-Kerajaan.

Tambah Mutalib lagi, oleh kerana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis pada 5 Januari 2011 di Balai Polis Seremban, melalui laporan bernombor 000357/11, namun sehingga kini polis masih belum menyelesaikan siasatan.

“Sehubungan itu, saya tidak mahu mengganggu atau mempengaruhi siasatan polis dengan melayan karenah ‘menteri yang cacat akal’ tersebut kerana telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk mengheret para blogger yang menjadi ‘Whistleblower’ ke mahkamah sebelum polis menyelesaikan siasatan,” kata Mutalib yang menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah tidak melayan saman Rais yang telah ditetapkan pada 6 Mei 2011 selagi siasatan polis belum diumumkan kepada umum.

Tambahan pula, kata Mutalib, sebagai pegawai awam iaitu menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat, Rais tidak boleh diwakili oleh peguam sendiri melainkan Peguam Negara Malaysia atau dengan izin Peguam Negara.

Mutalib menjelaskan beliau hanya akan melayan saman Rais sekiranya Polis Seremban telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut; sama ada untuk mendakwa Rais atau para blogger yang mendedahkan Skandal berkenaan.

Yang boleh menentusahkan sama ada kes jenayah rogol berlaku ialah mahkamah. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, maka amat baik untuk rakyat dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia; kerana saya berpeluang untuk mensapena Migrant Care, Tenaganita, SAMM, Robengah, Adik Robengah, Rakan Robengah, Kedutaan Indonesia, malah Rais dan isterinya sebagai saksi untuk berkata benar di mahkamah, ujar Mutalib yang tidak akan tunduk kepada desakan demi desakan Rais agar artikel mengenai beliau dikeluarkan daripada arkib Sabahkini.net yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Mutalib menegaskan, ‘CCTV’ Tuhan tidak pernah padam, sekalipun Rais telah berusaha memadamkan semua bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan Robengah dan menggunakan kedudukannya untuk mengheret para blogger ke mahkamah, kononnya untuk membersihkan nama beliau yang dikotorkan melalui skandal berkenaan.

“Jika Rais ‘Anak Jantan’, bukan ‘belut yang licik’ atau ‘Menteri yang hilang akal’, maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya. Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi dan tidak akan berganjak daripada fakta,” ujar Mutalib M.D yang sedang menyiapkan sebuah Video Klip berhubung isu berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi Rais di Mahkamah kelak.

Ketika ditanya sama ada buku Skandal Seks yang disiapkannya mengenai Rais atau menteri lain, Mutalib mengatakan bahawa, “Tunggu siap percetakan dan pendedahan penuh eksklusif. Saya tidak mahu komen buku yang belum diterbitkan.”

Sebelum ini Mutalib telah menerbitkan dua buah buku Skandal Seks Orang Ternama berjudul VIP dan YB serta 23 judul lagi yang belum diterbitkan. Mutalib juga adalah penulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Di Sewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan lebih 20 buku lain.

Kes Skandal Seks Orang Ternama: ‘YB’ kini sedang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net kerana buku yang dicetak telah habis dijual dan Sabahkini.net memperoleh hak untuk menerbit buku berkenaan dalam versi e-book dan ada pihak yang telah berjumpa Mutalib untuk mengadaptasi Skandal Seks berkenaan ke layar perak.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk ‘Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?’ dan ‘PKR cabar Rais sumpah laknat’ dipaparkan pada 3 Januari lalu.

Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul ‘Rais Yatim seperti belut’ dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah’ di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) telah membuat laporan polis terhadap Rais dan ekoran daripada itu, Penyelaras SAMM, Norazizi A Aziz telah menulis surat kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Seremban pada 7 Mac 2011 berhubung kedudukan laporan polis yang dibuat pada 5 Januari 2011. 

Berikut adalah sedutan surat beliau.
Tarikh : 7 Mac 2011

Kepada;

Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid
Ibu Pejabat Polis Daerah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Saudara ;

MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH ,
(NO REPORT: SEREMBAN/000357/11)

Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor Seremban/000357/11.

Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran: dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas.

Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut.

Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang.

Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata.

Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami.

Sekian dan terima kasih.

Norazizi A. Aziz
Penyelaras SAMM
-sabahkini.net

No comments:

Post a Comment