Sunday, April 17, 2011

Betulkah harga RON98 akan naik???.. kita ada "SOLUSI"..

Kemenangan BN di dalam pilihanraya negeri Sarawak semalam akan membuka laluan yang luas untuk Najib dan kerajaan BN melakukan apa yang tertangguh.
Sebelum pilihanraya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak dapat menjamin harga minyak RON95 kekal ketika diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter awal bulan ini.

Kini pilihanraya sudah berakhir dan BN diberikan semula mandat untuk menerajui negeri Sarawak. 

Riak untuk kenaikan harga minyak sudah jelas apabila menteri berkenaan menyatakan:

Pada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Salah Satu Solusi Ganti Petrol


Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya untuk membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut. Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland. Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel.

P/s: Orang Malaysia perlu kreatif macam lelaki Finland di atas!

No comments:

Post a Comment