Tuesday, April 19, 2011

Belum pun habis EDAH sudah ditangkap khalwat

Gambar Hiasan

KAMPUNG RAJA – Seorang wanita yang masih dalam tempoh edah selepas dua bulan bercerai dengan suaminya ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama kerana disyaki berkhalwat dengan seorang duda di sebuah rumah dekat Jertih. 

Dalam serbuan jam 3.45 petang itu wanita terbabit yang berusia 31 tahun dan pasangannya 28 tahun berada berdua-duaan di rumah sewa wanita itu di sebuah taman perumahan di Jertih. 

Bertindak atas maklumat orang ramai, serbuan dengan kerjasama polis yang diketuai Ketua Balai Polis Kampung Raja, Inspektor Yaakob Md Taib telah pergi ke rumah teres terbabit. 

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah diketuk selama beberapa minit sebelum dibuka, wanita terbabit membuka pintu sambil mendukung anaknya berusia lingkungan setahun. 

Penguat kuasa dan polis memperkenalkan diri kemudian membuat pemeriksaan di dalam rumah itu dan menemui pasangan wanita tersebut berada di dalam tandas bilik utama rumah. 

Ketika ditanya hubungan mereka, lelaki itu memberitahu tidak mempunyai hubungan suami isteri atau muhrim dengan wanita terbabit. 

Wanita itu dikatakan baru berpisah dua bulan dengan suaminya ketika ditahan masih tempoh edah yang berbaki sebulan lagi. 

Menurut sumber, pasangan itu telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan waris terdekat masing-masing. 

Mereka dituduh melakukan perbuatan tidak bermoral iaitu berkhalwat disiasat di bawah Seksyen 31(a)dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. TK

No comments:

Post a Comment