Sunday, January 2, 2011

Tauhid Uluhiyyah membezakan iman dan kufur by Koleksi Tazkhirah Di FB

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, .

Kadang-kadang kita akan berasa resah, gelisah, muram dan cemas. seringkali juga kita berasa bosan dan daripada perasaan itu terbitlah pertanyaan dalam benak hati kita, "sebenarnya apa tujuannya aku hidup di dunia ini?"

dan terkadang itu kita akan berasa betapa kosongnya hidup ini, disebabkan hati yang kosong. justeru, bagi menjawab persoalan di atas, marilah kita kembali kepada tujuan kita dicipta. matlamat hidup kita adalah utk BERIBADAH KEPADA ALLAH. ini berdasarkan firman Allah (yang bermaksud), "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali utk beribadat kepada-Ku".(Surah Azzariayat ayat 56).

Maha Suci Allah yg menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan Dia tidak menciptakan manusia tanpa arah tujuan. sudahlah diciptakan hamaNya dgn cantik dan sempurna, matlamat hidup juga cantik iaitu untuk menyembahNya(beribadah semata-mata).


Al-ibadaha ialah satu kalimat yang mengandungi dua maksud yang saling berkaitan dan bergabungan yang kemudiannya menjadi satu. tunduk dengan sepenuh hati dan kecintaan yang mendalam serta sempurna adalah takrif daripada makna ibadat ini. kedua-duanya mesti seiring dan tidaklah dinamakan ibadat sekiranya kita hanya cinta tanpa tunduk atau sebaliknya. begitukag juga seoaruh cinta bergabung dengan separuh tunduk juga tidak akan tercapai makna ibadat. ibadat yang disebut di atas ini dikenali sebagai tauhid Uluhiyah.

seterusnya tidaklah dikatakan seseorang itu beriman kepada Allah sekiranya dia hanya beriman dengan tauhid Rububiyah yakni mengakui bahawa Allahlah yang Maha Mencipta, Maha Memberi Rezeki, Maha Menghidup dan Maha Mematikan dan pelbagai kekuasaan lagi, tana meyakini dengan tauhid Uluhiyah serta Tauhih ASma wa sifat. buktinya mari kita renungkan beberapa firman Allah Taala.

"Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezekikepadamu, dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan." Maka mereka (kaum Musyrikin) menjawab : "Allah". Maka katakanlah : Mengapa kamu tidak bertaqwa (Kepada-Nya)? Maka, (yang demikian ) itu adalah Allah Rabb-mu yang sebanrnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? (Surah Yunus 31-32)

Juga firman-Nya (yang bermaksud): " Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka : "siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Nescaya mereka akan menjawab, "Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lgi Maha Mengetahui".(Surah azzukhruf ayat 9)

Maha fahamlah kita bahawa kaum musyrikin telah mengakui akan tauhid Rububiyah ini. namun, mereka tetap berada dalam keadaan syirik yang menempatkan mereka di neraka.

"Dan tidaklah sebahagian besar dari mereka beriman kepada Allah, melainkan (mereka) dalam keadaan mempersekutukan ALlah (dengan sembahan-sembahan lain). (Surah Yusuf ayat 106).

berkata imam ibnul qayyim, "Seandainya keimanan kepada tauhid Rububiyah ini sahaja dapat menyelamatkan, tentunya orang-orang musyrik telah diselamatkan. akan tetapi urusan yang amat penting dan menjadi penentu adalah keimanan kepada tauhid Uluhiyyah yang merupakan pembeza anara orang musyrikin dan orang yang mentauhidkan Allah."

Maka inilah tujuan hidup kita yang sebenar. JIKA KITA BENAR-BENAR MENYEMBAH ALLAH SEMATA-MATA, TIDAKLAH KITA BERASAKAN HATI KITA KOSONG, KERANA HATI KITA PADA MASA TERSEBUT SENTIASA DIPENEUHI DENGAN RASA CINTA YANG TERAMAT SANGAT KEPADA-NYA. Natijahnya kita, akan bersusah payah menghabiskan waktu untuk beribadah kepadanYa. Gejala membunuh diri juga tidak akan berlaku sekiranya manusia memahami matlamat hidup yang seharusnya di acapai. #

sahabat-sahabt sekalian, menjadikan seluruh kehidupan kita untuk beribadah bukanlah bermakna 24 jam kita berada di tikar sejadah, tetapi kita jadikan setiap perbuatan kita dilakukan kerana Allah. syart menjadikan sesuatu perkara itu ibadaha iaitu niat kerana Allah dan mengikut syariat.

bersama kita permantapkan kefahaman tauhid yang merupakan akar kepada sebatang pokok.. insyaAllah.... kalau ada tambahan dari shbt2 len.. tafaddol.. sangat dialu2kan..

Sabda Rasulullah, "Islah Nafsaka Wa Balligh Ghairuk", "Perbaiki diri kamu dan sampaikan pada yang lain".

No comments:

Post a Comment