Friday, January 21, 2011

CLoRaTeS LoGo SaLiB ?

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni kita akan berbicara mengenai suatu pendedahan yang amat mengejutkan iaitu kaedah yang digunakan untuk memudahkan kita membawa lambang salib ke mana sahaja kita pergi. 

Mungkin ianya tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini yang hanya pandai makan apa sahaja. 

Ingatlah datangnya segala penyakit adalah dari perut kerana disebabkan oleh corak pemakanan kita sendiri.

Baru-baru ini admin blog telah menerima suatu emel dari seorang saudara seislam yang menceritakan mengenai kewujudan logo salib tersembunyi di kotak gula-gula menthol Clorets Infinity. 

Sepertimana yang kita ketahui, generasi zaman sekarang amat menyukai gula-gula berangin clorets ini untuk memastikan kesegaran nafas sentiasa berpanjangan. 

Jika orang2 yang dilahirkan awal 70-an dan 80-an, mereka menggemari gula-gula Hacks, juga untuk menyegarkan nafas. Namun dalam keghairahan kita menikmati gula-gula buatan non-muslim ini, kita lupa untuk menyelidiki sebarang unsur2 penyelewengan, unsur tidak halal dalam gula-gula itu. 

Pendapat admin, tak perlulah makan gula-gula ini untuk menyegarkan nafas, cukup minum air masak ataupun bersugi sahaja untuk menyegarkan nafas.

Menurut pengirim emel kepada admin, beliau telah membeli sekotak gula-gula Clorate Infinity, iaitu produk baru dari pengeluar Clorate yang membuatkan nafas di pengunyah sentiasa segar setiap masa. 

Malah pek ini juga diperbuat daripada plastik dan diperkukuhkan dengan kotak besi untuk mengelakkannya kemek dan sebagainya. Si pengirim emel ini telah membelek2 kotak gula-gula ini yang telah kosong dan membuka lapisan penutup aluminium dan terkejut kerana mendapati adanya simbol@logo salib yang jelas kelihatan. 

Seakan-akan logo itu sengaja dibuat oleh pengilang. Malah logo salib itu mirip dengna logo salib yag digunakan umat kristian di zaman feudal. Cara untuk memakan gula-gula ini juga dibuat untuk mengelakkan si pembeli perasan adanya tanda salib itu kerana si pembeli hanya akan membuka sedikit sahaja pentup aluminium itu untuk mengeluarkan gula-gula Clorate ini dari bekas plastiknya. 

Justeru, tidak ramai yang mengetahui kewujudan lambang salib di bawah gelonsoran aluminium itu.

Kita sebagai umat islam harus segera mengelak dari menggunakan barangan yang menghina agama kita. Padahal produk ini bukanlah prodk keperluan kepada kita, kita masih dapat hidup jika tidak memakan produk ini. Jadi apa rasionalnya membeli produk ini, sudahlah mahal tetapi kesannya hanya sejam sahaja. 

Kalau makan produk ni mulut dan nafas kita segar selama seminggu tidak mengapa la. Justeru, sebagai seorang muslim, selagi sesuatu produk buatan non-muslim yang menyokong kezaliman kepada umat islam di negara lain, kita seharusnya elakkan. 

Kecualilah jika produk tersebut merupakan bahan asasi kita, iaitu barang yang jika tidak dibeli akan membuatkan kita mati@umur pendek, itu diharuskan untuk membelinya. 

Namun masih digalakkan untuk kita elakkn dari membelinya. dan diwajibkan untuk mencari alternatif produk keluaran lain seperti produk keluaran muslim. 

Justeru, tepuk dada tanya iman adakah aku betul2 sedar bahawa islam kini sdah terang lagi bersuluh dihina sewenang-wenangnya. Semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah syaitan yang direjam.

Kita tanpa sedari sedang membawa lambang salib di dalam poket seluar kita, dalam handbag kita n macam2 lagi. Sama la macam kaum beragama kristian yang membawa salib di dada. 

Cume yang mmbezakan adalah diorg mmbawa dengan sengaja manakala kita membawa lambang salib itu tanpa disedari. Maka beringatlah wahai saudara saudari sekalian. 

Tanggungjawab anda untuk menghebahkan mengenai perkara ini.

 Sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat, Wslm.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

No comments:

Post a Comment