Monday, July 29, 2013

Komunis mengiringi Syiah..

Filem ‘komunis’ bakal ditayang, Tanda Putera terus terperap
Pengamal rasis yang agresif akan mendapat lebih perhatian di Malaysia, tulis Awang Selamat, kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Beliau membuat keseimpulan itu ketika mengulas filem The New Village (TNV) yang bakal ditayang bermula 22 Ogos ini berbanding filem Tanda Putera yang tiga kali ditangguh tarikh tayangannya.

“Ketika Tanda Putera ditekan habis-habisan, dalam diam rupa-rupanya ada pihak menerbitkan filem The New Village dengan membawa perspektif serong.

“Khabarnya, filem itu mengangkat Malayan People Anti Japanese Army(MPAJA) yang mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM)sebagai pejuang kemerdekaan,” tulisnya, hari ini.

Awang turut menyelar sikap pihak tertentu kerana terlalu berhati-hati dan beralah dalam berkompromi terhadap isu yang cuba ditonjol dalam Tanda Putera.

Kolumnis itu turut menuduh penerbit filem TNV mahu menulis semula sejarah dengan mengangkat perjuangan komunis serta menggesa penerbitnya,tidak lupa daratan.

“Penerbitan filem berkenaan sebagai satu usaha mengiktiraf perjuangan komunis termasuk Chin Peng.

“Tidak masuk akal TNV mendapat kebenaran Finas untuk ditayang terlebih dahulu berbanding Tanda Putera yang telah lama terperap,” katanya.

TNV diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu mahupun India.

Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan Parti Komunis Malaya(PKM) dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

TNV memaparkan tindakan British ke atas orang Cina pada zaman darurat serta watak utama dalam filem ialah anggota MPAJA yang ada pertalian darah dengan PKM, mengikut laporan Pancaindera, sisipan akhbar itu.

Penulis mempersoal sikap pilih kasih terhadap Tanda Putera sambil menyelar tiada pihak yang tampil membantah filem TNV.

Tanda Putera mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam tragedi 13 Mei 1969.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu dibantah oleh pembangkang kerana memberi gambaran salah mengenai tragedi hitam 13 Mei 1969.

“Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba dituduh rasis sedangkan hakikatnya ia memaparkan fakta sejarah rusuhan kaum 13 Mei.

“Pada Awang, filem itu wajar ditonton dalam kerangka memperkukuhkan patriotisme dan membuka mata semua pihak tentang perlunya menjaga keharmonian.” - 28 Julai, 2013. TMI

Tayangan filem “The New Village” digantung, kata Zahid Hamidi
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

“Kita telah menangguhkan tarikh tayangan kerana perlu melihat sekali lagi plot cerita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa di Sungai Buloh. - 28 Julai, 2013 TMI

Pemuda Umno kritik filem didakwa agungkan komunis - Mk
Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengkritik sebuah filem bertajuk ‘The New Village’ yang bakal ditayangkan bulan depan, yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.NONEBeliau ingin tahu bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

"Hanya kerana "Tanda Putera" menayangkan secebis babak 
sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti-sejukkan.

"Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan," katanya.
The New VillageBeliau turut menuntut penjelasan kabinet di sebalik kelulusan tayangan filem itu dan sebab sebuah "buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela".

"Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa," katanya.

Beliau turut menggesa agar 'Tanda Putera' disegerakan tayangannya di pawagam.
The New Village‘The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis, ditetapkan untuk tayangan umum pada 22 Ogos.

Sedutan filem itu memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka.

'Tanda Putera' pula dijadualkan untuk tayangan pada 29 Ogos, seminggu selepas filem itu ditayangkan.


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular