Monday, July 29, 2013

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecam Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah

'Tiada pemimpin PAS terlibat dengan Syiah'
Tiada kepimpinanya tertinggi PAS yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
inilah yg wa maksudkan bilamana wa kata yg kutuk2 syiah tu sama teruk jer... tkdde beza pun syiah dgn sekular ,, sama2 sesat.. sekular dan dan syiah .. Cybertrooper Pakatan Rakyat

"Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," kata beliau dalam kenyataan media beliau hari ini.

Menurutnya, hubungan beberapa pemimpin PAS dengan negara yang mengamalkan Syiah tidak wajar dianggap sebagai bukti bahawa parti itu mempunyai pemimpin dengan fahaman yang sama.

"Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?" tegasnya.

PAS juga percaya soal itu adalah isu akidah yang tidak perlu dipolitikkan bagi "menyerang pihak lawan untuk keuntungan politik".

"Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini," katanya lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 25 Julai lalu mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Sehari selepas itu, menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran syiah. mk

Automatik keluar Pas jika anut fahaman Syiah
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi.

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.

Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular