Wednesday, May 22, 2013

Hoi Zahid Komidi, hang buta ka apa?!!

KUALA LUMPUR: Mata Datuk Seri Zahid Hamidi hanya celik kepada media tidak pro BN yang melaporkan perkara yang betul, yang membahayakan BN.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pencapaian yang tidak baik oleh BN pada PRU13 kerana adanya portal, blog, media baru yang menjadi pengimbang berita untuk menjawab fitnah dan pembohongan televisyen yang dikuasai oleh BN.

“Maklumlah orang baru dapat kuasa, mula hendak tunjuk taring. Menjadi kehairanan kepada kita kenapa Malaysiakini yang diberi amaran,” ujarnya kepada Hrakahdaily.

Beliau berkata, jika apa yang dilaporkan tidak betul, maka boleh dibuat pendakwaan di mahkamah, bukan bercakap dengan penuh emosi.

“Apakah beliau marah dengan keputusan PRU13? Adakah beliau marah kepada media yang banyak melaporkan berita di Kementerian Pertahanan dahulu seperti isu kapal selam, komisyen kapal selam, enjin jet hilang dan sebagainya?

“Apakah etika kewartawanan Zahid pakai?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau bertanya, kalau belasah dan fitnah pembangkang, maka ia dianggap beretika, maka melaporkan berita yang menyemarak perkauman adakah beretika.

Katanya, jika ada portal dan akhbar yang mendedahkan untuk kepentingan awam dianggap tidak ada etika kewartawanan kerana menggugat kepentingan Umno BN.

“Jika laporan menguntungkan Umno, maka ini dianggap tidak bersalah, malah dianggap suci dalam debu.

“Etika mana yang media pro Umno ambil sehingga sanggup menyiarkan berita yang diambil daripada blog yang terkenal sebagai bekas penjenayah rasuah seperti Papa Gomo,” katanya.

Idris juga mempersoalkan, adakah amaran pernah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana Utusan Malaysia menyiarkan di muka hadapan berita video seks dan melaporkan berita-berita yang meniup kemarahan bangsa lain.

“Apakah mereka ini kebal dari segi undang-undang? Adakah laporan ini pada hemat Zahid memenuhi etika kewartawanan?” tanya beliau lagi. - Kedah La

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular