Monday, October 15, 2012

Patutlah Lewat Lapuran KETUA AUDIT NEGARA...

Rupanya Umno Tapis Laporan Audit, Sorok Penyelewengan NFC
KUALA LUMPUR 15 Oktober: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang hari ini tidak mendedahkan secara menyeluruh mengenai kepincangan dalam urus tadbir negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Beliau berkata, kelewatan 27 hari pembentangan laporan itu memberi peluang kepada kerajaan Umno BN memilih isu-isu tertentu untuk diambil perhatian dan mengenepikan isu-isu besar yang dibangkitkan.

“Laporan Audit sepatutnya menyentuh mengenai laporan kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2011. Dalam tempoh itu, kita harap ada satu laporan spesifik mengenai isu-isu yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tapi dalam laporan ini tidak mengandungi isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh itu.

“Kerajaan buat keputusan untuk membuat saringan mengenai isu apa yang lebih diutamakan untuk diisi dalam laporan tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Azan berkata, kerajaan sepatutnya menyentuh isu-isu besar yang berlaku sepanjang tahun lalu termasuk penyelewengan projek NFC (National Feedlot Corporation), isu rumah pertamaku, hutang isi rumah dan lebihan perbelanjaan luar jangka.

“Tapi malangnya semua ini tidak kelihatan. Walaupun Laporan Audit itu ada, tetapi untuk tujuan dokumentasi untuk diserah kepada Ahli Parlimen, ia telah disaring,” kata Azan. ~kd
heheeh .... otak kanan gua berdekah2 gelak ... bukan tak percaya ..tapi hairan ...

lu orang mo tahu lu orang baca la [ SINI ] .... antaranya ..

"Menurut laporan itu, pihak kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi mengkaji semula hala tuju projek berkenaan dan berkemungkinan mengambil tindakan sivil ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Isu itu menjadi perhatian selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan tahun lalu.

“Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan oleh pihak Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti tindakan-tindakan sesuai yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap NFCorp". hehehehehehe .... sudah mo masuk 3 tahun maaaaaa............ Angel Dustbin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular