Wednesday, October 17, 2012

Lagi Laporan Polis Terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/TWITTER%20KENG%20LIANG.jpg
Ketua Pemuda Gerakan Hina Islam; DPPWP Buat Repot Polis
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan membuat satu laporan polis berhubung Isu Penghinaan Islam oleh Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang


Menurut Setiausaha Kerjanya, Zulkarnain Borhan laporan tersebut dibuat pada hari ini Rabu 17 Oktober 2012 pada jam 10.00 pagi bertempat di Balai Polis Dang Wangi.

Ketua pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang telah membuat kenyataan rasis yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang).
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/TWITTER%20KENG%20LIANG.jpg
Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama Islam.

Tan Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.

Beberapa kenyataan beliau pada 15 Oktober 2012 memperlihatkan kedangkalan beliau dalam berpolitik hingga menyentuh dan mempertikai ketetapan dan hukum yang sememangnya termaktub dalam Islam. 

Amat mendukacitakan apabila ditegur oleh ramai orang, beliau masih mempertahankan kenyataan beliau yang bukan sahaja bersifat rasis malah cuba mengelirukan dengan melabelkan itu adalah undang-undang ciptaan PAS, bukannya ketetapan dan undang-undang Islam sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran . Buletinonline.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular