Monday, October 15, 2012

La Najib .. Selama ni SABAH bawah sape????

KALAU SABAH DIBAWAH BN,SABAH AKAN MAJU..??
Dah berapa puluh tahun dah Sabah ditadbir oleh Barisan Nasional..
dah berapa kali mandat diberi oleh rakyat Sabah dan juga "rakyat celup dari Filipina yang diberi IC oleh BN"...?

Selama ini bukan kah BN sudah banyak kali diberikan peluang memajukan Sabah..?

Kenapa pada tahun ini,secara tiba-tiba disaat PRU 13 sudah begitu hampir Najib menyatakan "seandainya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya akan datang, kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri akan bekerja lebih kuat lagi untuk memajukan lagi negeri Sabah"..?
Kenyataan Najib tu seolah-olah BN tidak pernah mendapat peluang mentadbir dan memajukan negeri Sabah le pulak..

Inilah cakap orang politik...
kalau diberi mandat sekali lagi pun..
nasib Sabah akan tetap sama tidak terbela seperti sekarang..

Sejarah BN mentadbir Sabah bukan setahun dua...
sudah lama...

kita sendiri boleh lihat bagaimana janji BN yang kononnya mahu memajukan Sabah...
tapi bila sudah menang,janji dicapati...

Lepas tu pada tahun penghujung penggal,BN akan berjanji lagi..
sampai bila lagi kita nak "angguk kepala" pada janji-janji yang macam ni...?

KALI NI KASI TUKAR..!!! - Liang Lahad



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular